Puding Pandan Thai cair di mulut, enak disaji tika berbuka
SELEPAS berbuka dengan sajian utama, tidak lengkap rasanya jika tiada kuih muih sebagai pencuci mulut.
Aroma daun pandan bukan sahaja mewangikan sajian, malah ia turut terkandung pelbagai khasiat seperti boleh meningkatkan selera makan dan melegakan pening kepala.
Jadi apa kata kita mencuba Puding Puding Pandan Thai yang dikongsikan pengguna Facebook Shahmila Radha ini.
Menurutnya, resipi sajian tradisi Thai itu diperolehi daripada pembantu rumahnya yang juga warga negara Gajah Putih. Ia amat ringkas dan mudah disediakan.
“Puding Pandan Thai atau dikenali sebagai Kanom Piak Poon memberikan rasa lemak manis dari kuah santan dan puding tu lembut, cair dalam mulut.
“Simpan dalam peti ais sekitar sejam sebelum berbuka lagi best,” titipnya.
Baca juga: Puding Karamel Gebu, Enak Dimakan Sejuk Lepas Berbuka
Berikut adalah resipi Puding Pandan Thai yang dikongsikan’
BAHAN PUDING
1 cawan tepung beras
1/3cawan tepung pulut
1/3cawan tepung ubi kayu
2 sudu kapur masakan (larutkan ke dalam 1 gelas besar air. Ketepikan dan ambil 1 1/2 cawan air kapur yang jernih sahaja)
1/3 cawan gula perang
1 cawan air
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
1 sudu pes pandan
CARA PENYEDIAAN
1. Ayak tepung dan satukan semua bahan di dalam periuk.
2. Masak dengan api paling kecil sehingga adunan tidak berketul.
3. Kacau (seperti mengacau dodol) hingga adunan puding menjadi jernih. Part ni susah sikit.
4. Elakkan meninggalkan adunan di atas dapur tanpa dikacau walaupun sebentar.
5. Masak dan kacau adunan selama kira-kira 30 minit iaitu sehingga ia jernih.
6. Apabila sudah masak, ketepikan hingga suam sebelum sendukkan ia ke dalam mangkuk puding.
7. Sejukkan puding yang diisi ke dalam mangkuk.
Baca juga: Puding Santan Gula Perang pencuci mulut, penyejuk tekak kala berbuka
BAHAN KUAH SANTAN
2 kotak kecil santan (400ml)
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan 1 cawan air )
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN
1. Jerang santan di dalam periuk dengan api kecil.
2. Kemudian masukkan air tepung jagung, gula dan garam.
3. Apabila kuah menjadi likat, tutup api dan sejukkan dalam peti sejuk.
BAHAN TABUR
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam agar rasa lemak)
Bijan
CARA MENGHIDANG
Menurut Shahmila, Puding Pandan Thai dihidang dengan menuang kuah santan ke dalam mangkuk puding. Hiaskan dengan sesudu kelapa parut dan taburan bijan.
“Kalau nak puding cantik, perlu kurangkan air. Apabila suam boleh guna piping aising dan paipkan ke atas talam,” katanya.
Wah, sedapnya menu pencuci mulut Thai ini. Tidak sabar rasanya untuk merasa. Selamat mencuba!
Baca juga: Membayangkan tekak dibasahi Air Soda Laici Herba memang menggiurkan
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang