Puding Roti Marble bikin terliur

puding roti
puding roti
A
A
A

ALANGKAH seronoknya hari ini jika dapat berbuka dengan pemanis mulut puding roti. 

Membayangkan teksturnya yang lembut bersama rasa yang manis cukup menggiurkan. 

Kali ini SinarPlus ingin berkongsikan satu resipi pemanis mulut iaitu Puding Roti Marble yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Yusma Mustafa. 

Resipi yang dikongsikan agak sedikit berbeza berbanding kebanyakan resipi puding roti lain. 

Nak tahu apa yang lain? Jom lihat senarai bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan

  • 5 keping roti (sisi roti dibuang)
  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan susu pekat
  • ½ cawan gula
  • 2 biji telur
  • 20 gram agar-agar tali
  • 1 liter air
  • 2 sudu besar mentega
  • Pewarna merah, hijau, kuning (pilihan)

Baca juga: Nampak Sama Tapi Bukan Dia, Wajib Cuba Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos

Cara penyediaan

1) Kisar susu cair, susu pekat, telur dan roti. 

2) Panaskan kuali dan masak agar-agar bersama gula sehingga larut kemudian tapis. 

3) Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan mentega ke dalam agar-agar kemudian masak lagi sehingga mendidih dan tekstur berubah menjadi sedikit pekat. 

4) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yang digemari. 

5) Seterusnya, tuangkan bancuhan selapis demi selapis ke dalam loyang dan pastikan lapisan agak keras barulah lapisan seterusnya dimasukkan. 

6) Kemudian, simpan adunan ke dalam peti sejuk sehingga agar menjadi bertukar pejal. 

7) Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja bukan? Hanya kisar semua bahan dan masak dengan agar-agar, siap! 

Jadi, apa tunggu lagi, jom cuba buat sebagai juadah berbuka pada petang ini!

Selamat mencuba!

Baca juga: Berbuka Bersama Nan Gua Bing, Kuih Tradisional Cina Wajib Dicuba

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca