QUATERNARY care atau penjagaan kuartenari merujuk kepada tahap penjagaan kesihatan melibatkan perkhidmatan perubatan yang sangat khusus dan canggih.

Bersama Pengarah Perubatan & Pakar perunding Kanan Bedah Saraf Neuro, UM Specialist Centre (UMSC), Prof Datuk Dr Hari Chandran Thambinayagam membicarakan topik berkenaan.

Di Malaysia, terdapat empat kategori atau tahap perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.

“Ia terdiri daripada penjagaan primer (primary care), sekunder (secondary care), tertier (tertiary care) dan kuatenari (Quaternary care).

“Penjagaan primer merupakan rawatan pertama atau rawatan yang tidak memerlukan perkhidmatan pakar. Pada peringkat ini, pesakit yang mengalami demam dan semua penyakit yang bukan kronik boleh ke klinik berhampiran.

“Penjagaan sekunder pula tertumpu kepada perkhidmatan rawatan yang khusus atau satu jenis kepakaran sahaja di sesuatu tempat.

“Contohnya, perkhidmatan seperti diagnostik, kardiologi, dermatologi dan sebagainya,” ujar pakar itu.

Quaternary care

Sementara itu, penjagaan tertier pula lebih menyeluruh kepada pesakit dengan keperluan perubatan yang kompleks.

Pun begitu, peringkat tersebut tidak melakukan penyelidikan terhadap penyakit yang dirawat.

“Quaternary care pula merujuk kepada pusat penjagaan menyeluruh dan menjalankan penyelidikan yang diiktiraf terhadap penyakit serta rawatan yang diberikan,” ujarnya.

Perkhidmatan multi-disiplin

Sementara itu, sebuah hospital yang diiktiraf sebagai Quaternary care perlu memenuhi tiga elemen utama.

Ia meliputi perkhidmatan multi-disiplin yang mana terdapat di UMSC iaitu mempunyai lebih 40 kepakaran dan sub-kepakaran.

Pusat perubatan tersebut juga perlu melakukan pendekatan perubatan berdasarkan penyelidikan dan bukti. Selain itu, ia juga perlu menggunakan teknologi termaju dan terkini.

“Justeru, Quaternary care berperanan untuk memberi rawatan di bawah satu bumbung bagi kelancaran rawatan, berkualiti dan diyakini.

“Perkhidmatan ini juga mampu mengurangkan risiko dan memendekkan masa rawatan serta proses penyembuhan.

“Dalam pada itu, ia diperlukan oleh pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kompleks seperti mereka yang menghidap kanser, sakit buah pinggang kronik, tumor dan skoliosis,” jelasnya lagi.

Quaternary care 1

UMSC sebagai peneraju utama Quaternary care di Malaysia yakin bahawa perkhidmatan itu memainkan peranan sangat besar dalam menangani situasi perubatan yang serius dan kompleks.

Hal ini kerana ia bertindak sebagai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan.

Iklan

Hospital Quaternary care sering menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan perubatan, yang membolehkan penyelidikan terkini dalam diagnosis, rawatan, dan pencegahan penyakit-penyakit kompleks.

Ini membantu mempercepat kemajuan dalam bidang perubatan dan membolehkan penemuan rawatan baharu yang berpotensi menyelamatkan nyawa pesakit. Ia juga berperanan sebagai penjagaan bersama dalam kes kompleks.

Hospital Quaternary care menawarkan akses kepada pasukan kesihatan yang terlatih dan terampil dalam pelbagai bidang seperti ahli bedah, pakar bedah saraf, pakar onkologi, ahli kardiologi dan pakar patologi.

Selain itu, ia berperanan menguruskan penyakit jarang jumpa dan rumit. Hospital Quaternary care dapat memberikan penemuan dan kepakaran khusus yang diperlukan bagi menangani penyakit-penyakit tersebut dengan baik.

Akses rawatan termaju

Ditanya sejauh mana kepentingan Quaternary care dalam menangani keadaan perubatan yang serius dan kompleks dan bagaimana pula dengan potensi perkhidmatan itu pada masa akan datang, ini jawapan yang diberikan:” Quaternary care menawarkan akses kepada rawatan maju dan canggih yang tidak tersedia di peringkat penjagaan kesihatan lain.

Kredit foto: Freepik

“Ini termasuk terapi eksperimental, prosedur bedah yang rumit dan rawatan khusus yang dirancang untuk keadaan perubatan yang sangat sukar.

Iklan

“Ia turut menyediakan penjagaan jangka panjang dan berterusan kepada pesakit dengan keadaan perubatan kronik yang kompleks,”ungkap beliau.

Pada masa sama, pemantauan berterusan, penyesuaian rawatan dan sokongan emosi diperlukan untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit.

“Secara keseluruhan, perkhidmatan itu memainkan peranan penting dalam menangani keadaan perubatan yang serius dan kompleks dengan menyediakan akses kepada rawatan canggih, kepakaran multi-disiplin, penyelidikan inovatif dan pengurusan yang holistik.

“Saya yakin, dalam tempoh 10 tahun lagi, akan ada lebih banyak hospital yang bertaraf Quaternary,” jelasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!