Rahsia kulit lembap & glowing, hanya guna 4 bahan yang ada di dapur!

A
A
A

NAK cantik tak perlu produk mahal pun sebenarnya, boleh je guna bahan-bahan semula jadi yang ada di sekeliling kita.

‘Key ingredient’ untuk muka kita glowing dengan mudah adalah sentiasa melembapkan muka dengan moisturiser atau bahan-bahan pelembab semula jadi.

Anda boleh amalkan hydrating mask ni untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glowing, mengecilkan pori-pori serta sapu sekitar kaki dan tumit yang kering atau merekah.

Hydrating mask scrub

Bahan-bahan:

1 susu madu

1 biji tomato

2 sudu beras (blend halus)

1 sudu yogurt asli

Cara-cara penyediaan:

1 biji tomato dihancurkan dan masukkan 2 sudu beras hancur, 1 sudu yougrt asli, 1 sudu madu dan kacau semua bahan sehingga sebati.

Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1 jam bagi memastikan beras hancur tadi kembang dan sebati dengan bahan-bahan lain.

Dan seeloknya hydrating mask ini digunakan secara sejuk. Mask ini dapat mengembalikan keremajaan kulit secara semula jadi. Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil dan kulit kelihatan segar.

Biarkan selama 15-30 minit pada muka kemudian scrub sehingga anda berpuas hati.

Mudah kan?. Muka glowing seperti melakukan rawatan spa.

Boleh cuba sendiri di rumah.

Sumber: FB Norafizah Mahmud

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca