Rahsia rimbunkan pokok Fiddle fig, cara potong mesti betul, ikut teknik mudah ini

A
A
A

POKOKFiddle fig atau nama saintifiknya Ficus lyrata tergolong dalam famili Moraceae. Pokok Fiddle fig juga dikenali sebagai Fiddle leaf fig.

Daunnya agak lebar dan kelihatan seperti daun pokok ketapang. Pokok ini merupakan salah satu pokok yang sesuai ditanam sebagai tanaman landskap di luar rumah.

Pokok Fiddle fig boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian lima meter. Bagi anda yang inginkan pokok ini tumbuh merimbun, boleh cuba tip seperti yang dikongsikan oleh Syafiq Roslan ini.

Baca juga: Belai pokok setiap pagi terapi terbaik untuk minda, lupakan seketika masalah

Menerusi perkongsian di laman Facebook, lelaki ini menerangkan cara-cara supaya pokok Fiddle fig yang ditanam menjadi rimbun dan cantik.

LANGKAH DEMI LANGKAH:

 

1. Potong bahagian batang yang paling atas.

2. Dari satu batang nanti ada yang bercabang hingga tiga dahan dan empat dahan yang baharu.

3. Paling penting ketika memotong dahan, pastikan potong di bahagian internode.

Baca juga: Cara mudah tanam pokok daun sup, guna batang dan akar, tak perlu benih

4. Hasil keratan batang yang telah dipotong itu bolehlah direndam terus dengan air untuk membiakkan lagi pokok hiasan ini.

5. Boleh juga dicucuk terus ke atas tanah.

Pokok ini juga sesuai diletakkan di dalam rumah kerana tidak memerlukan pencahayaan yang banyak.

Ini kerana pokok Fiddle fig adalah spesies tanaman hutan yang paling mudah dijaga iaitu tidak memerlukan banyak air, anda boleh menyiram pokok Fiddle fig dua kali seminggu atau bila perlu sahaja.

Baca juga: Peruntuk lebih kurang RM120,000 untuk bina rumah stail kontena. Siap ada kafe mini lagi

Sumber: Syafiq Roslan (Malaysia plants lovers)

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca