RAMAI dalam kalangan rakyat kita yang suka mengambil suplemen atau makanan tambahan kerana merasakan ‘tak cukup vitamin’.

Kadang pengambilannya dirasakan penting bagi mengelakkan penyakit. Justeru, perlu atau tidak untuk kita makan suplemen?

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah menjawab persoalan berkenaan.

Dr Suhazeli

Setengah orang beralasan rakyat Malaysia kurang zat makanan, jadi kena ambik suplemen. Kempen mereka, dengan suplemen berjenama yang mereka makan selama ini telah berjaya menyelamatkan dia dari banyak penyakit.

Tubuh semakin bertenaga setiap hari dan yang penting, ekonomi semakin kukuh. Masuk ahli sahaja anda akan membantu usahawan bumiputera Muslim. Aha… itu yang utama, kata beliau.

Tetapi majoriti pakar pulak berpendapat sebaliknya. Suplemen yang khusus kepada kes-kes tertentu sahaja seperti ibu mengandung perlu suplemen zat besi atau seumpamanya. Pakar-pakar itu melihat bahawa suplemen tidak diperlukan dalam jumlah yang melampau kerana makanan rakyat Malaysia sudah mewah dengan sumber “suplemen” semulajadi. Boleh kita bilang satu persatu zat vitamin yang terdapat dalam menu makanan rakyat kita. Memang mencukupi. Tidak perlu bimbang dan tidak berkerungsingan melampau jika tidak beli produk suplemen berjenama itu.

Nah kita tengok statistik dari kajian terbaharu:
– Lebih separuh rakyat negara kita gemuk.
– Negara Malaysia adalah tertinggi di kalangan negara-negara jiran.
– Wanita dilaporkan menjuarai kegemukan.
– Membimbangkan, kegemukan dikalangan kanak-kanak dan remaja meningkat!

Gemuk ni bukan akibat tak cukup zat makanan. Malah terlebih suplemen?? Secara kajian selanjar, gemuk memang akibat terlebih makan, kurang bersenam atau mempunyai penyakit kronik lain seperti kencing manis.

Mungkin orang akan tuduh, suplemen itu bukan punca gemuk. Puncanya adalah melayan makanan mengarut yang mengandungi lemak atau makanan segera.

Iklan

Tunggu dulu. Jika dengan anggapan makanan berlemak atau makanan segera itu dimakan oleh golongan kaya, teori kegemukan hanya banyak dalam kalangan mereka.

Orang miskin mana mampu beli nasi goreng USA, KeyEfSee mahupun MatDonat! Tetapi kajian atas kanak-kanak oleh Z Yang (2019) mendapati kegemukan kanak-kanak dalam kalangan orang miskin meningkat dengan ketara. Walaupun kajian itu di Australia, tetapi nilainya hampir sama dengan Kajian Morbiditi Kebangsaan di atas. Kajian kegemukan atas orang dewasa pula disokong oleh Dr Jade Spinosa (2019); menyatakan ramai gemuk adalah dikalangan bersosioekonomi yang rendah,” kongsi Dr Suhazeli di posting Facebook nya.

Konklusinya kata beliau,  rakyat Malaysia tak perlu pun suplemen kecuali indikasi yang ditetapkan oleh doktor bertauliah.

Iklan

Menurutnya, semua kita sudah cukup zat makanan.

“Kalau nak ambik juga tu, memang orang berlebih duitnya. Satu pakej suplemen bukan harga sepinggan mi goreng, tapi mahal macam bedil,” katanya.

Jadi apa pilihan kita? Tepuk dada, tanya selera. -AG #JanganPutusAsaMalaysia