Rekaan butang shift lock pada kereta jenis automatik. Ini fungsi penting yang perlu kita tahu
PASTINYA, setiap kenderaan didatangkan dengan beberapa fungsi bagi memudahkan para pengguna.
Ia termasuklah butang shift lock yang direka khas pada gear kereta jenis automatik.
Sebenarnya, ia ‘bertanggungjawab’ untuk membolehkan kereta automatik ditolak semasa bateri lemak untuk dicaj semula.
Kalian tahu tidak fakta tersebut?
Ya, bagi mereka yang memandu kereta automatik pasti perasan terdapat satu butang shift lock pada gear kereta.
Untuk pengetahuan orang ramai, butang shift lock berkenaan juga dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu.
Dalam erti mudahnya, butang shift lock berfungsi untuk meriliskan transmisi daripada P.
Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang memerlukan gear pada N, contohnya kereta perlu tunda dan sebagainya, disinilah butang shift lock itu digunakan.
Jadi, berikut beberapa tip mudah mengenainya yang dikongsikan oleh Wan Tan Automotive:
1. Matikan enjin kereta ketika gear P
2. Cabut kunci kereta
3. Tekan butang shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa sama, tarik tombol gear dan ubah ke N
4. Kemudian, ubah ke gear N dan lepaskan butang shift lock.
5. Akhir sekali, lepaskan brek tangan dan biarkan dalam keadaan bebas gear.
Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua pembaca SinarPlus.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang