Rekaan terperinci dan ekstravaganza inspirasi Timur Tengah, Malabar kekalkan kehalusan kerja tangan pereka dari serata dunia

WANITA dan barang kemas ibarat irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan. Ia seolah-olah memberi ura kepada si pemakainya biarpun hanya menyarungkan sebentuk cincin.

Begitulah uniknya perhiasan yang menjadi tarikan ramai kaum Hawa, Selain sebagai perhiasan, pembelian barangan kemas juga menguntungkan si pemiliknya.

Manakan tidaknya, jika dilabur atau dijual ketika harganya melambung tinggi, memang lumayan hasilnya. Bagi peminat perhiasan yang satu ini, pasti pernah mendengar mengenai keunikan barangan kemas yang dihasilkan oleh Malabar Gold & Diamonds (Malabar).

Baca ni Harga mendadak tinggi! Ini masa sesuai wanita jual barang kemas tampung perbelanjaan

barang kemas

Menampilkan konsep moden dan versatil, jenama terkenal itu sehingga kini masih mengekalkan sentuhan unik dan mewah pada setiap rekaan. Sehingga kini, ia masih mengekalkan ciri-ciri kehalusan kerja tangan pereka dari serata dunia.

Lebih menarik lagi, Malabar juga memastikan setiap satu rekaan tiada di kedai emas lain. Menurut Ketua Pembangunan Perniagaan Malabar Malaysia, Yasheedah Yashaiya, jenama Malabar yang berasal dari Kerala, India itu mula beroperasi sejak 1993 oleh pengasasnya, M P Ahmed.

yasheedah
Yasheedah Yashaiya

 

Empayar perniagaan itu memiliki lebih 335 kedai di serata dunia, termasuk di Malaysia yang mempunyai tujuh cawangan iaitu di Jalan Bunus; Masjid India; Klang; Mydin Mall, Seremban 2 dan Mydin Mall, Subang Jaya.

Selain Malaysia, jenama barangan kemas itu turut memiliki rangkaian kedai di Singapura, India, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Baca juga Alamak barang kemas mula menghitam! Jangan bimbang berikut ada cara pembersihannya…

barang kemas

Sebagai sebuah empayar perniagaan yang sudah bertapak selama 30 tahun, Malabar juga tampil sebagai sebuah jenama barang perhiasan keenam terbesar di dunia.

“Pihak kami sudah memahami keperluan dan cita rasa setiap pelanggan, sekali gus ia memudahkan urusan kedua belah pihak. Sebagai contoh, koleksi The Mine yang mana perincian berupa berlian unik bersama potongan rantai panjang antara yang menjadi tumpuan ramai.

“Bukan itu sahaja, kepada pelanggan tempatan terutama orang Melayu, terdapat rekaan khusus untuk setiap koleksi emas dan berlian yang mereka ingini,“ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran cawangan terbaru di Ampang Point, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Baca lagi Peminat barang kemas, ini satu lagi singgahan terbaik untuk simpan lebih banyak koleksi menarik, eksklusif

barang kemas

Inspirasi flora fauna

Menginspirasikan kehidupan flora dan fauna (wild flowers) dari hutan simpan, beliau memberitahu kebanyakan idea mengikut trend terkini dan mendapat sentuhan pereka dari pelbagai negara yang berlainan.

“Kebiasaannya, setiap satu rekaan yang dihasilkan sangat unik kerana didatangkan dalam desain set sama ada koleksi cincin dan rantai tangan atau gelang tangan.

Selain itu, rantai panjang juga sering menjadi pilihan yang mana rekaan yang dipilih selalunya bersaiz lebih besar.

Iklan

Demikian juga dengan pilihan rantai tangan atau gelang tangan rekaan yang lebih terperinci dan ekstravaganza.

Bca juga Cara mudah kekalkan kualiti barangan kemas lama, harga masih tinggi. Tak rugi kalau nak jual

barang kemas

“Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan koleksi kanak-kanak seperti Koleksi Starlet yang lebih ceria dan riang.

Bagi yang gemar tampil sedondon, usah risau. Kami juga mempunyai rekaan sedemikian untuk ibu dan anak,” ujar beliau yang memberitahu Malabar turut mengeluarkan koleksi berkonsepkan bunga-bungaan dan penggunaan warna emas tiga rona.

Bagi mereka yang ingin tampil eksklusif, koleksi Nour iaitu koleksi emas 916 (22k) yang berinspirasikan seni dan budaya berunsurkan Timur Tengah adalah jawapannya. Koleksi itu dihasilkan dengan kerja tangan yang halus.

Biarpun rekaan nampak besar dan begitu gah, namun lebih ringan dan mampu dimiliki. Selain itu, terdapat juga rantai panjang dan loket emas dengan rekaan filigri dan corak sulaman untuk penggemar yang sukakan gaya ringkas.

Iklan

Baca lagi ‘Cantiknya, kemas berseni. Tenang je tengok.’ Irma Hasmie bina mihrab dalam kediaman bikin ramai kagum

barang kemas

“Terdapat juga koleksi abstrak dan moden yang didatangkan dengan pelbagai bentuk.

Koleksi ini membawa rekaan dari Turkey, Bahrain, Abu Dhabi, India dan Dubai. Antaranya, rantai panjang bebola yang begitu teliti dan unik, gelang tangan ala wanita Mesir, rantai tangan berbentuk kubah masjid dan sebagainya lagi,” ungkap Yasheedah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!