RAMAI kata, sesebuah kediaman akan lebih diberkati jika terdapat sebuah mini surau.

Usaha mendekorasinya bukan sahaja mencantikkan ruang, malah memberi lebih ketenangan kepada penghuni untuk beribadah dengan selesa, tenang dan tanpa gangguan.

Justeru, kepada anda yang memiliki rumah luas seperti banglo, idea membina mini surau wajarlah dilakukan.

Alangkah indahnya seisi keluarga disatukan di ruangan berkenaan bagi menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan, selain bersolat.

Lazimnya, dalam pembinaan surau atau masjid, mihrab adalah salah satu elemen penting yang dititik beratkan.

Baca ni ‘Cantik & besar rumah. Alhamdulillah rezeki Makder.’ Video rumah baharu Raissuddin Hamzah dan isteri raih perhatian ramai!

Mihrab

Mihrab adalah ceruk dinding sebuah masjid yang menunjukkan kiblat iaitu arah Kaabah.
Sejarah mihrab pertama adalah ketika era pemerintahan Khalifah Umayyah al-Walid Ibnu Abd al-Malik (705 M hingga 715 M). Kemudian, Khalifah Uthman Ibnu Affan memerintahkan suatu tanda ditampal pada dinding rumah ibadah di Madinah bagi memberi arah kiblat untuk bersolat.

Seterusnya, Gabenor Madinah, Umar Ibnu Abdul Aziz mengarahkan agar ceruk mihrab dicipta pada dinding dalaman masjid.

Mungkin ramai yang bertanya, perlukah identiti Islamik itu dibangunkan, sementelah surau di rumah bersaiz kecil?

Ya, itulah jawapan tepat. Ini kerana pembinaannya akan memberi tambah nilai kepada bilik ibadah sesebuah kediaman.

Baca lagi ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

Mihrab 1

Ruang yang terhad juga bukan alasan. Sebenarnya mihrab tidak semestinya diletakkan di sudut khas, sebaliknya boleh ditempatkan di kawasan strategik seperti di ruang tamu.

Seperkara, bukan sekadar berfungsi ketika bersolat, kawasan itu juga biasanya dijadikan tempat untuk ahli keluarga atau kenalan rapat berkumpul untuk menyampaikan ilmu agama, membaca al-Quran ataupun berzikir.

 

Teratur dan tersusun

Jika anda perasan, sesetengah mihrab dilengkapi dengan kabinet yang direka untuk penyimpanan peralatan solat seperti sejadah, tasbih, buku agama mahu kitabullah agar nampak lebih teratur dan tersusun.

Hasil carian SinarPlus mendapati selebriti Islamik, irmahasmie antara individu yang mengimplemenkan konsep berkenaan dengan mendapatkan khidmat daripada Artseven Group Sdn Bhd bagi tujuan tersebut.

Baca juga ‘Didikan baik seorang ibu.’ Anak Irma Hasmie hadiah kad, ucapan istimewa sempena hari lahir ayahnya raih pujian. Sweet betul!

Mihrab 2

“Sebenarnya idea untuk membina mihrab adalah sebagai tanda arah kiblat sesuai dengan keperluan fitrah manusia perlu ada tanda arah hidup, simboliknya.

Pada masa sama, saya mahu di rumah ini ada tempat khas untuk sebarang aktiviti ibadah,” ujar pemilik nama sebenar, Irma Hasmie Ibrahim yang memilih ruang living hall atau ruang tamu sebagai tempat strategik.

Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata itu, pemilihan ruang berkenaan sesuai supaya dapat dijadikan ruang taklim bersama anak-anak.

“Kawasan ini sesuai kerana terbuka dan luas. Jadi, lebih selesa untuk beribadah atau mengadakan sebarang amalan sunnah selain daripada solat fardhu.

“Sementelah, ruang ini paling kerap kita luangkan masa dengan bersantai waktu di rumah. Pada pandangan saya, ia menjadi satu inspirasi ketenangan,” ungkap Irma lagi.

Ditanya mengenai warna yang menjadi pilihan, ujar pelakon dan juga hos tersebut memilih warna lembut.

Baca lagi ‘Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

Irma

“Pada saya, warnia ini selamat untuk dipakai pada siang atau malam. Kombinasi dengan lampu menaikkan seri pada ruang berkenaan. Malah, rona pastel tersebut juga membuatkan ruang nampak lebih nyaman,” ungkap anak kelahiran Kuala Lumpur itu lagi.

Pada masa sama, SinarPlus turut menghubungi Perunding Rekaan, Artseven Group, Sierra Sunny baru-baru ini.

Ujar Sierra, permintaan terhadap mihrab mula mendapat perhatian sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid-19.

Iklan

“Ketika itu kami menerima banyak permintaan untuk mendekor rumah ala-ala masjid. Dengan wujudnya mihrab, ramai pelanggan kami kata ia seolah-olah memberi aura yang sama seperti sedang bersolat di masjid. Untuk dekorasi di kediaman Irma pula adalah gabungan idea Artseven dan cita rasa Irma sendiri,“ katanya.

Bercirikan moden minimalis, pemilihan warna untuk ruangan di rumah pengacara itu adalah mengikut tema ruang tamu sedia ada. Sememangnya campuran rona pastel dan corak berbentuk geometrik menambahkan seri pada mihrab berkenaan.

Seni kerawang yang halus berona coklat juga cukup sesuai dipadankan dengan dinding berwarna putih salju.

Baca lagi ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

Mihrab

Tidak reput, kalis air
Menurut Sierra, mihrab mempunyai pelbagai saiz. Desainnya dihias dan dirancang bagi memberi kesan pintu melengkung pada bahagian tengah yang terus menghadap arah Kaabah di Makkah. Dengan pemasangan lampu, ia menyerlahkan bentuk dan rekaannya.

“Kami memilih permaidani bercorak bunga-bunga kecil dengan rona pastel untuk menaikkan lagi keserian ruang di kediaman Irma.

“Lampu diletakkan di tengah-tengah ruangan mihrab bagi menghasilkan pencahayaan yang baik dan mencipta suasana damai pada ruang solat meski ia hanya sebuah mini surau,“ ujarnya.

Menurut Sierra, saiz mihrab untuk kediaman ibu kepada sepasang cahaya mata itu berukuran 10 x 10 kaki persegi.

Pihaknya mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk menyiapkannya dengan kos sekitar RM8,000 sahaja.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain reka bentuk, pemilihan setiap material dalam pembinaan ceruk mihrab adalah daripada jenis berkualiti.

Iklan

Baca juga ‘Labuhnya tudung, sopan je.’ Penampilan pelakon Fast & Furious dan tunang ke Masjid Sheikh Zayed raih pujian ramai! 

Pada asalnya, penulis menyangkakan pihak ArtSeven menggunakan kayu, namun telahan itu meleset.

Menurut Siera, bahan yang digunakan adalah sejenis Celuka Lattice Composite atau dipanggil CLC. Istimewanya ia tidak mereput atau dimakan anai-anai.

“Kelebihan CLC yang lain adalah kalis air. Disebabkan CLC ini terhasil daripada bahan campuran cengkerang laut dan batu gunung, membuatkan material ini lebih tahan lama,“ ungkapnya.

Tambahnya lagi, Artseven turut menyediakan perkhidmatan hiasan dalaman untuk sesebuah ruang. Artseven Group Sdn Bhd.

Sumber gambar: Instagram irmahasmie

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang