Remaja lelaki lebih cenderung alami badan berbau. Berikut 7 rawatan cegah masalah itu

ONLINE (18)
ONLINE (18)
A
A
A

MUNGKIN sesetengah daripada pembaca mempunyai masalah badan berbau.

Keadaan itu bukan sahaja membuat orang disekeliling kurang selesa dengan kita, malah tahap keyakinan diri ketika berada di khalayak ramai juga sedikit menurun.

Kenapa terdapat orang yang bau badannya sangat kuat ya?

Menjawab kepada persoalan itu, Doktor Kesihatan dan Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tampil memberi pencerahan.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Tulisnya di Facebook, masalah itu juga dikenali sebagai bromhidrosis.

"Terdapat dua jenis kelenjar peluh iaitu apokrin dan ekrin.

"Bau badan lebih dikaitkan dengan kelenjar peluh apokrin kerana peluh yang dihasilkan lebih pekat dan mengandungi feromon(sejenis hormon). Kelenjar peluh apokrin banyak terletak di sekitar ketiak, payudara dan kelengkang," terangnya.

Ujar beliau lagi, bau badan terhasil apabila peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria pada permukaan kulit.

"Adakalanya bau ini sangat kuat sehingga mengganggu keselesaan sendiri dann orang yang berada di sekeliling. Hal itu juga secara tidak langsung boleh menjejaskan keyakinan dan harga diri," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Kamarul Ariffin berkata, sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan.

Namun begitu, maklum beliau, masalah tersebut lebih cenderung berlaku pada remaja sahaja.

"Ini kerana kelenjar apokrin mula aktif setelah umur akil baligh (puberty). Ia juga lebih cenderung berlaku kepada lelaki," tambah Dr Kamarul.

Selain itu, jelas beliau, bau badan juga dipengaruhi oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih, kari dan minuman beralkohol.

"Bukan itu sahaja, merokok juga boleh menyebabkan badan dan mulut seseorang itu berbau yang tidak menyenangkan," ungkapnya.

Generasi lahir 2004 haram merokok! New Zealand mahu wujud negara bebas asap

Jadi, apakah rawatan untuk mengatasi masalah berkenaan?

Berikut saranan Dr Kamarul:

i) Kerapkan mandi untuk bersihkan kulit.

ii) Pakai pakaian yang bersih.

iii) Pilih pakaian daripada kapas (cotton).

iv) Trim bulu ketiak dan ari-ari.

v) Gunakan sabun antibakteria.

vi) Gunakan semburan antipeluh dan bau badan.

vii) Kurangkan bawang putih, kari dan alkohol.

Jadi, buat mereka yang mungkin berhadapan dengan masalah badan berbau terlalu kuat, bolehlah mencuba beberapa kaedah yang disyorkan.

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua pembaca SinarPlus!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca