Resipi air jagung sedap, puas hati berbuka dengan air buatan sendiri!

air jagung
air jagung
A
A
A

SALAH satu air popular pada bulan puasa yang menjadi pilihan ramai adalah air jagung.

Dengan warna air jagung yang pekat, pasti ramai yang akan terliur. Tapi macam mana nak hasilkan air jagung yang betul-betul sedap dan tidak hanya berasaskan pewarna semata-mata?

Jom kita cuba resipi air jagung pekat yang sedap ini.

Bahan-bahan:

- Kordial Jagung secukupnya

- 1 tin susu cair (guna apa-apa brand boleh)

- 2 sudu besar susu pekat manis

- 1/2 tin Jagung manis dalam tin

- Gula secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:

1) Masak air dan yang telah dicampur gula sehingga larut dan mendidih.

2) Masukkan kordial jagung secukupnya (atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran pun boleh).

3) Masak lagi hingga mendidih.

4) Masukkan susu cair dan jagung dalam tin.

5 )Tutup api dan masukkan susu pekat manis secukup rasa.

6) Biarkan sejuk.

7) Tuangkan ke dalam gelas bersama ketulan ais. Siap!

Untuk versi ‘sihat’ anda kurangkanlah gula atau susu. Cuba dapatkan rasa yang diidam-idamkan. Resipi dah ada, kena adjust je sikit. Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: FACEBOOK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca