Resipi ayam bakar ala Thai siap sos ‘terangkat’ habis! Tak rugi cuba memang sedap

AYAM antara menu yang menjadi kegemaran sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak.

Tidak kira dimasak kari, sup atau digoreng, kalau kena dengan cita rasa, memang tiada siapa pun akan menolak untuk menikmatinya.

SinarPlus kali ini ingin berkongsi resipi ayam bakar ala Thai dengan sos yang tersendiri.

Dengar jer namanya ala Thai, memang sedap dan kaya dengan pelbagai rasa, rugi kalau tak cuba!

Ujar pemilik resipi, hidangan itu sesuai dimakan bersama nasi dan enak juga diratah begitu sahaja.

Katanya berinspirasikan resipi daging bakar Thai tapi ditukar bagi disesuaikan dengan mereka yang suka makan ayam. Makan dengan sos pedas memang boleh mengalir air mata.

Buat anda yang sedang diet, jangan lupa anda wajib cuba resipi viral ini.

Bahan-bahan;

Ayam dipotong 4, guna bahagian peha dan betis, buang tulang.

Bahan perapan;

  • Akar ketumbar
  • Bawang putih
  • Gula perang
  • Sos ikan
  • Kicap pekat
  • Lada sulah/hitam
  • Minyak

Cuba juga Ayam masak lemak cili padi pekat & pedas bersambal, ibu wajib cuba pasti memikat hati

Cara membuatnya;

1. Kisar semua bahan perapan dan lumur pada ayam. Perap sekurang-kurangnya tiga jam. Boleh perap dan simpan di bahagian ‘chiller’. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.

2. Untuk bakar ayam, panaskan non stick pan. Kemudian letak sedikit minyak bakar dengan api kecil. Boleh juga gunakan oven.

Iklan

Bahan untuk sos pencicah;

  • Sos ikan
  • Air asam jawa
  • Perahan limau nipis
  • Gula kabung/nisan Thai
  • Serbuk cili kasar
  • Beras goreng ditumbuk atau kisar
  • Daun ketumbar dicincang
  • Akar ketumbar dicincang
  • Cili padi dicincang
  • Bawang merah dicincang
  • Bawang putih dicincang

Cuba juga Ayam masak lemak cili padi pekat & pedas bersambal, ibu wajib cuba pasti memikat hati

Cara membuat sos;

1. Satukan semua bahan dan sesuaikan rasanya. Lebihkan cili jika mahu rasa pedas. Hidangkan dengan ayam bakar yang dihiris.

Boleh makan dengan nasi atau ratah dan cicah dengan sos. Ayam ini juga sesuai untuk yang sedang diet.

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Sarina Seman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!