PASTI ramai pengemar ayam goreng KFC kan. Ini resipi ayam goreng ala KFC jika berhajat nak buat sendiri.

Bahan-bahan perapan ayam:

2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kari
10 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar lada sulah
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cuka (untuk ayam juicy)

resipi ayam

Bahan untuk salut ayam:

2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil soda bikarbonat

Iklan

Cara-cara:
1. Pertama sekali perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit atau lebih
2. Selepas itu masukkan telur yang telah dipukul dan gaul rata
3. Pada bekas yang lain campurkan bahan untuk salut ayam kecuali telur tadi
4. Ambil ayam yang sudah digaul dengan perapan dan telur, salut dengan campuran tepung untuk digoreng
5. Goreng dengan minyak panas dan secara deep fry
6. Siap!

Iklan

Itulah resipi ayam goreng ala KFC. Walaupun tak sama seperti di restoran tapi boleh la untuk makan-makan bersama keluarga. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali
Foto: Unsplash, Canva