Resipi Ayam Goreng Pandan

Resipi Ayam Goreng Pandan
Resipi Ayam Goreng Pandan
A
A
A

TAK tahu nak buka apa hari ni? Okay ini SinarPlus ingin kongsikan resipi ayam goreng pandan. Memang sedap dan bau dia sungguh mengancam mampu buat anda terliur!

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian dada (dipotong 3-4cm)
  • Halia sebesar ibu jari
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 keping gula melaka
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos tiram
  • Garam
  • Daun pandan
  • Pencungkil gigi

Cara-cara:

1. Sediakan bawang putih, halia dan serai kemudian tumbuk sehingga halus. Masukkan gula melaka dan tumbuk lagi.

2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi pada bekas berisi ayam.

3. Masukkan pula kicap manis, sos tiram dan sedikit haram. Gaulkan ia.

4. Perap selama 1-2 jam.

5. Ambil daun pandan dan potongkan ia. Hanya ambil bahagian daun yang lembut.

6. Balut daun pandan pada ayam dan cucukkan menggunakan lidi pencungkil gigi untuk mengetatkan dan mengemaskan balutan ayam itu.

7. Setelah itu, ayam sudah boleh digoreng.

Siap dan sedia dinikmati. Sangat sedap dan bau wangi pandan menambahkan lagi selera. Boleh cuba resipi ini untuk berbuka. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: khairulaming

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca