Resipi Ayam Masak Merah

Ayam masak merah
Ayam masak merah
A
A
A

HARI ini merupakan hari pertama Ramadan. Oleh itu, Sinar Plus kongsikan resipi masakan ayam masak merah.

Bolehlah dinikmati sewaktu berbuka hari ini.

Bahan-bahan:

Lada kering 4 sudu

Tomato puree tin kecil 1/sos tomato

Serai 2 batang

Bawang merah 1 biji

Bawang putih 4 ulas

Halia 1 inci

Santan 1 kotak kecik

Gula 4 sudu

Garam

Ajinomoto

Cara-cara:

1) Gaul ayam yang telah dibasuh bersih dengan kunyit & garam.

2) Gorengkan ayam tersebut sehingga sedikit garing. (Ayam tak perlu terlampau garing,nanti liat)

3) Blend serai, bawang besar, bawang putih dan halia.

4) Panaskan kuali & letak minyak lebihan ayam goreng.

5) Tumis bahan yang blend, lada boh dan tomato puree sehingga pecah minyak.

6) Masukkan gula, garam dan ajinomoto secukup rasa.

7) Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dengan sambal dan boleh tutup api mengikut kadar kepekatan sambal yang disukai.

Ini resipi ayam masak merah. Boleh taburkan hirisan daun sup dan cili potong di atasnya. Selamat mencuba dan nikmati bersama keluarga.

Penulis: Suhaila

Sumber: MamaRosvsAsh dan leemishael

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca