MENJELANG penghujung Ramadan, mungkin ramai yang sudah jemu menu nasi untuk berbuka atau bersahur. Bihun, salah satu menu pengganti nasi yang sering menjadi pilihan. Cara penyediaannya juga mudah, menggunakan EB Frozen Food My Daun Prawn Paste yang sedap dan segar.

Bahan-bahan sup:

EB Frozen Food My Daun Prawn Paste
1/2 kiub pati ikan bilis
Dada ayam
1 sudu lada sulah
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Garam secukup rasa
Untuk hiasan:
Sedikit daun sup
Daun salad
Isi ayam yang dicarik

Cara penyediaan:

1. Didihkan air dan masukkan kiub pati ikan bilis. Perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.
2. Tunggu mendidih, kecilkan api. Masukkan EB Frozen Food My Daun Prawn Paste sebanyak mana yang
anda inginkan.
3. Boleh masukkan sekeping isi dada ayam ke dalam air rebusan. Apabila masak, angkat dan carikkan.
4. Sediakan mangkuk hidangan. Celur bihun dan toskan. Bihun sup My Daun Prawn Paste siap untuk
dihidang.

Iklan

Iklan