BUBUR lambuk adalah antara makanan yang cukup sinonim dengan bulan Ramadan. Bubur lambuk bagi setiap negeri di Malaysia ada yang berbeza cara memasaknya.

Kali ini, Sinarplus nak kongsikan resipi bubur lambuk yang paling simple dan sedap macam yang selalu kita dapat tu. Jom kita cuba buat dekat rumah.

Resipi Bubur Lambuk

Bahan-bahan:

– Dua pot beras yang dicuci dan rendam 15 minit
– Daging tetel
– Kentang
– Lobak merah
– Bawang besar
– Bawang putih
– Halia sikit
– Lada hitam halus setengah camca
– Kiub pati ayam dua kiub
– Satu paket rempah sup
– Satu paket kecil bawang goreng
– Daun sup dan daun bawang
– Sekotak kecil santan kara

Cara-caranya:

1) Kisarkan bawang-bawang dan halia. Panaskan minyak dua sudu dan tumis sampai naik bau.

2) Masukkan rempah sup dan tumis sekali.

3) Masuk daging tetel dan terbalik-balikkan.

4) Masukkan beras kemudian kacau. Jangan letak air dulu, petua ini supaya nasi kita tak hancur dan masih sebutir-sebutir bila masak nanti.

5) Selepas itu baru masukkan air, sukat untuk sampai masak bubur kita dan masuk lobak merah dan kentang sekali.

Iklan

6) Bila sudah 3/4 masak, masukkan sekotak santan kara.

7) Masuk garam secukup rasa, lada hitam halus setengah camca dan kiub pati ayam.

8) Masuk bawang goreng satu paket itu, tinggalkan sikit untuk tabur masa waktu nak makan nanti. Masuk daun sup dan daun bawang. Biarkan dalam 10 minit.

Iklan

9) Siap untuk dihidang!

Mudah dimasak, semua pun dalam satu periuk sahaja. Boleh ulang makan banyak kali. Jadi selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: TASTEATLAS