Resipi Chocolate Chip Cookies guna microwave je

No Image Caption
A
A
A

BOSAN duduk rumah tak tahu nak buat apa? Jom buat biskut dengan hanya guna microwave. Mudah dan sedap tau!

Bahan-bahan:

1/2 cawan @ 125ml mentega

1/4 cawan @ 62.5ml gula pasir

1 biji telur

1 cawan @ 250ml tepung kek

1/2 sudu teh serbuk penaik

1/4 cawan @ 62.5ml chocolate chips

Kertas perkamen (parchment paper)

Cara menyediakan adunan:

1. Sediakan semua bahan tadi mengikut sukatan yang betul.

2. Masukkan mentega ke dalam bekas dan kacau sehingga menjadi tekstur yang seakan creamy.

3. Kemudian tambahkan gula pasir dan gaul sebati.

4. Langkah seterusnya masukkan telur dan kacau rata.

5. Ayak tepung kek dan masukkan ke dalam bekas campuran bahan tadi.

6. Masukkan pula serbuk penaik dan gaul rata.

7. Akhir sekali masukkan chocolate chips.

Adunan biskut sudah siap dan sedia untuk masuk ke dalam microwave!

Cara bakar biskut dalam microwave:

1. Sediakan kertas perkamen (parchment paper)

2. Letakkan kertas itu di atas dulang atau pinggan.

3. Kemudian bentukkan adunan tadi menjadi bentuk biskut yang anda inginkan dan letakkan ia di atas kertas perkamen itu.

4. Masukkan ia ke dalam microwave selama dua ke tiga minit dengan suhu 500 wat.

5. Namun lebih baik jika anda cuba tengok keadaan biskut anda setiap satu minit kerana tidak mahu ia hangus.

Mudah sahaja nak buat chocolate chips cookies ni! Boleh jadikan ini sebagai aktiviti anda di rumah sementara perintah kawalan pergerakan sekarang ni.

PENULIS: SUHAILA ALI

Foto: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca