Resipi cucur manis rangup

Resipi cucur manis rangup
Resipi cucur manis rangup
A
A
A

Petang-petang mesti laparkan. Tak tahu nak makan apa? Ini resipi cucur manis yang sangat mudah dan sedap!

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan air panas

2 sudu besar gula

Cara-cara:

1.Masukkan dua cawan tepung gandum dan dua sudu besar gula ke dalam bekas dan kacau rata dengan mengunakan garpu.

2.Selepas itu masukkan satu setengah cawan air panas dan kacau rata.

3.Apabila campuran tadi sudah menjadi adunan, gaul dan uli adunan itu dengan menggunakan tangan.

4.Pada ketika ini adunan itu akan melekit. Jadi sapukan minyak pada permukaan tangan untuk menghilangkan lekit pada adunan.

5.Uli sehingga mendapat permukaan doh yang licin selama lebih kurang 2 minit.

6.Kemudian tip untuk membentukkan cucur kita, celupkan sudu pada air agar mudah untuk mengambil doh yang dah siap tadi.

7.Sapukan minyak pada permukaan tangan agar mudah untuk mengambil doh pada sudu dan membuat ia kepada bentuk bulat (jangan tekan doh itu).

8.Kini masa untuk menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas agar cucur itu tidak menyerap minyak apabila digoreng.

 

Inilah dia resipi cucur manis rangup. Amat sedap dinikmati bersama keluarga pada waktu petang. Selamat mencuba.

Penulis: Suhaila Alli

Foto : Youtube mamak haji

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca