Resipi kuih badak berendam yang mudah & sangat sedap!

No Image Caption
A
A
A

KUIH Badak Berendam ini kalau bukan bulan puasa, agak susah nak cari. Kuih ini juga antara kegemaran ramai.

Lemak-lemak manis, memang sedap! Mana tahu ada yang teringin, Sinar Plus kongsikan resipi mudah yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah.

Jom kita cuba!

KUIH BADAK BERENDAM

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut
  • Air kapur secukupnya
  • Sedikit pewarna hijau
  • Gula melaka (dipotong dadu kecil)
  • Santan pekat secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit tepung beras

Cara-caranya:

1)Uli tepung pulut bersama air kapur dan pewarna hingga menjadi doh yang tak melekat.

2)Cubit doh dan leperkan. Letak inti gula dan bulatkan seperti buah melaka. Susun dalam bekas

3)Bancuh santan bersama tepung beras dan garam. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Garam bertujuan untuk menaikkan lagi rasa lemak santan.

4)Tuang bancuhan santan ke dalam bekas berisi bebola tadi. Kukus hingga bebola agak kembang, anggaran masa dalam 15 minit. Siap! Sedia untuk dinikmati.

5)Anda juga boleh merebus bebola terlebih dahulu. Caranya, setelah bebola siap dibentuk panaskan air dan masukkan bebola tadi. Masak hingga bebola timbul di permukaan air seperti menyediakan buah melaka.

6)Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tuang santan dan kukus seperti langkah no 4.

Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: FACEBOOK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca