ADA yang panggil kuih ketayap, ada yang panggil kuih gulung. Walau apa pun yang dipanggil, ia tetap sama iaitu kuih kegemaran rakyat Malaysia tidak kira usia muda atau tua. Ramai yang suka kerana intinya yang manis dan sedap dimakan.

SinarPlus kongsikan resipi mudah yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah.

Jom kita cuba resipi kuih ketayap ni!

Bahan-bahan kulit:

  • 2 cawan gandum
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan air
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • 6 atau 8 helai daun pandan

Cara-caranya:

1)Kisar daun pandan dengan air kemudian tapis ambik airnya sahaja.

2)Campur dengan bahan-bahan yang lain dan kacau sebati.

3)Tapis guna penapis kalau berketul.

4)Guna kuali biasa yang kita selalu guna atau non stick pan.

5)Kalau guna kuali biasa sapu minyak atas kuali, sapu minyak nipis sahaj boleh guna tisu dapur. Ambil adunan satu senduk tuang dan lenggangkan kuali untuk ratakan.

6)Sapu minyak setiap kali nak lenggang.

7)Tunggu sampai masak semua kulit ketayap.

8)Bila sudah siap semua kulit baru boleh letak inti gulung.

Bahan inti:

Iklan
  • Sebiji kelapa parut
  • 1 cawan gula merah
  • 2 sudu besar gula putih
  • Sedikit air
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu tepung gandum

Cara-caranya:

1)Masak gula merah, gula putih dengan air sampai hancur bersama daun pandan.

2)Selepas itu masukkan kelapa parut.

3)Masak sampai kering. Bila sudah agak kering masukkan 2 sudu tepung gandum.

Iklan

4)Kacau lagi sampai kering dan berkilat.

5)Sejukkan inti. Letakkan inti kelapa manis ke atas kuih tadi dan gulungkan kemas. Siap.

Pastikan sapu dulu kuali untuk buat kulit ketayap itu dengan minyak supaya kulit ketayap tidak melekat. Selamat mencuba.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: FACEBOOK