Rangup & garing, jom cuba resipi lauk pantang bawang ikan bilis, buang angin & panaskan badan
ANDA yang sedang tercari-cari resipi lauk untuk berpantang selepas bersalin, pembedahan atau berkhatan, jom cuba resipi lauk pantang bawang ikan bilis ini.
Sudahlah mudah, bahan-bahannya pun ringkas. Anda yang kekeringan idea wajib cuba! Rangup dan garing, ia juga boleh dijadikan kudapan atau lauk sampingan untuk dimakan bersama nasi panas!
Berikut resipi dikongsikan Aliyaa Malek, rasanya yang pedas-pedas rangup dan memang bikin ketagih.
Bahan-bahan digoreng (A):
Bawang kecil hiris nipis [BELI DI SINI]
Bawang putih hiris nipis [BELI DI SINI]
Halia hiris nipis (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa) [BELI DI SINI]
Bahan perasa:
Lada hitam disangai dan ditumbuk halus (secukup rasa) [BELI DI SINI]
Garam halus (secukup rasa) [BELI DI SINI]
1-Cara penyediaan amat mudah. Gorengkan sahaja bahan A dan toskan minyak.
2-Gaulkan kesemuanya dan siap!
Boleh simpan dalam tabung kedap udara dan apabila hendak makan, ambil sahaja. Lauk pantang ini boleh tahan selama dua hingga tiga minggu
"Lauk ini jadi lauk kesukaan satu keluarga walaupun tak ada orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin dan panaskan badan. Memang membuka selera," ujar Aliyaa.
Baca juga: Siap masak lauk pantang sebelum bersalin, mudahkan suami. Menu wanita ini dikongsi hampir 10,000
TIP:
Jika anda baru sahaja selepas bersalin, elakkan dahulu lada hitam kerana bimbang ia 'panas' atau menyebabkan kuning katanya.
Kalau hendak juga, letak sedikit saja dulu. Lepas semua ok, bolehlah makan lada hitam dan halia seperti biasa.
Sumber: Aliyaa Malik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang