ANDA boleh buat pelbagai resipi dengan hanya menggunakan ikan bilis sahaja. Bak kata orang bila hujung bulan je mesti ikan bilis jadi peneman. Eh betul ke tu? Memang betul pun dan sebenarnya nak masak ikan bilislah paling senang sekali terutama bagi mereka yang sibuk.

Ini antara resipi ikan bilis yang boleh anda cuba di rumah kalau kering idea nak masak apa. Apa sahaja yang ada iklan bilis mesti sedap punya..

1. Ikan bilis telur hancur

Resipi lazat dengan ikan bilis
Foto: blogopsi

Bahan-bahan:
– ikan bilis sederhana besar – segeggam (cuci kumdiakan toskan airnya)
– 2 biji telur
– 1/2 bawang merah – hiris halus
– 1 biji bawang putih – hiris halus
– 2 biji cili hijau – hiris halus
– 3 biji cili padi – hiris halus
– garam
– minyak

Cara-cara penyediaannya:

  • Goreng ikan bilis sehingga garing lalu ketepikan kemudian goreng bawang merah, cili padi, cili hijau, dan bawang putih sehingga garing.
  • Masukan telur tadi di dalam kuali kemudian hancur-hancurkan.
  • Selepas tu masukan garam secukup rasa kemudian kacau rata. Padamkan api dan masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi dan gaul rata. Siap!

2. Resipi ikan bilis masak kicap

Resipi lazat dengan ikan bilis
Foto: morieskitchen

Bahan-bahannya:
2 genggam ikan bilis
1 batang cili merah dihiris
10 batang cili api dihiris dan diketuk
1 biji bawang holand dihiris
1 sudu kicap manis
1 sudu cili kering yang telah dikisar
Secubit garam untuk perasa

Cara-cara penyediaannya:
Ikan bilis digoreng garing dan diketepikan kemudian keluarkan baki minyak dan tinggalkan sedikit sahaja. Tumiskan bawang sehingga naik bau wangi kemudian masukkan cili blend dan tumis sehingga wangi.

Masukkan cili merah dan cili api yang telah dihiris tadi dan masukkan kicap manis dan gaul rata. Taburkan garam sebagai perasa. Tutup api dan masukkan ikan bilis tadi dan gaul rata.
Sedia untuk dihidang.

3. Sambal tempe bilis

Resipi lazat dengan ikan bilis
Foto: Azie kitchen

Bahan-bahannya:
1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
1 pek tempe – hiris nipis dan goreng garing
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah – tumbuk
Gula
Garam
Minyak

Iklan

Cara-cara penyediaannya:

  • Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan pula bawang merah yang ditumbuk kasar.
  • Setelah wangi dan garing, masukkan gula.
  • Gaul rata dan masukkan sedikit garam.
  • Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup. Makan dengan nas iputih panas panas atau pun dicicah dengan roti putih pun sedap!

4. Ikan bilis tumis asam

Resipi lazat dengan ikan bilis
Foto : Resipimasakanmalaysia

Bahan-bahan:
Segenggam atau dua ikan bilis (buang kepala dan bersihkan)
1 labu bawang besar – dimayang
3 batang cili hijau – hiris serong
7 batang cili api – hiris serong
1 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
Minyak

Cara-cara penyediannya:

Iklan
  • Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga rangup.
  • Ketepikan dan tinggalkan dalam lebih kurang dua sudu minyak.
  • Tumis bawang besar, cili hijau dan cili api. Masukkan air asam jawa. Jangan terus tuang semua, agak-agaklah kemasamannya.
  • Perasakan dengan garam. Biarkan hingga mendidih.
  • Siap dah! Untuk kekalkan kerangupan ikan bilis, masukkan ikan bilis ke dalam kuah asam hanya apabila lauk sedia untuk dihidangkan.

5. Sambal gesek ikan bilis

Resipi lazat dengan ikan bilis
Foto: resipiatokmisaii

Bahan-bahan:
20 biji cili api
1 labu bawang besar – dipotong kecik supaya senang nak tumbuk
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis – dibasuh dan ditoskan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Minyak

Cara-cara penyediaannya:

  • Tumbuk cili padi, gula dan garam hingga lumat.
  • Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga separuh hancur. Ketepi kan.
  • Tumbuk kasar ikan bilis dan panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili padi dan bawang yang telah di tumbuk tadi.
  • Goreng dengan api yang perlahan sehingga sambal gesek menjadi garing.
  • Ini adalah resipi ikan bilis yang anda boleh cuba di rumah, pantas dan mudah je cara penyediaannya. Selamat memasak!