Sedapnya lempeng kampung, gebu & lembut sampai ke petang, ini resipi dari dapur bujang
LEMPENG lazimnya disajikan untuk sarapan atau makan malam. Lempeng olahan resipi kampung, gebu dan lembut. Dicecah dengan gulai ayam atau sambal ikan bilis, memang sedap tak terkata.
Hendak buat lempeng yang gebu, anda boleh ikut resipi Fuad Ismail Iskandar ni. Gerenti bertambah makan. Lempeng ikut resipi orang lama, dapat dua keping pun kenyang.
Baca juga: 3,900 share, rahsia sambal nasi lemak pekat & sedap, letak satu bahan ini semasa kisar bawang
Berikut bahan dan cara penyediaannya:
BAHAN-BAHAN
2 cawan setengah tepung gandum [BELI DI SINI]
3 cawan setengah air (anggaran)
2 biji telur
Sedikit garam dan serbuk perasa [BELI DI SINI]
3 sudu minyak masak (untuk menggoreng) [BELI DI SINI]
CARA PENYEDIAAN
1-Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam pengisar.
2-Panaskan kuali leper tidak melekat (nonstick pan) dan sapu minyak masak.
3-Kemudian tuangkan adunan ke dalam kuali dan ratakan menjadi nipis. Goreng hingga masak.
4-Jangan lupa terbalikkan. Apabila kedua-dua permukaan lempeng bertukar warna kepada keperangan, ia bermakna sudah masak.
5-Angkat dan sedia untuk dinikmati dengan sambal sardin, sambal ikan bilis atau sebarang gulai. Cecah susu pekat manis pun sedap!
Baca juga: Roti jala halus bak benang ini rahsia tentukan kepekatan adunan, pusaran mesti sebesar kelingking
Baca juga: Wow! Nasi sejuk elok untuk diet, pesakit diabetes, ahli kimia kongsi 15 fakta mudah faham
Baca juga: Pankek ‘gebu-gebas’ ala restoran makanan segera, bancuhan tepung mesti pekat, likat
Selamat mencuba!
Sumber: Fuad Ismail Iskandar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang