MARTABAK adalah menu paling dicari ketika bulan Ramadan.

Gerai-gerai yang menjual makanan tersebut di bazar mesti ramai orang beratur.

Justeru, SinarPlus kali ini ingin kongsikan cara membuat juadah itu tetapi versi yang lebih sedap.

Ia dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Ben Safwan.

Apa yang menarik perhatian adalah resipi yang beliau tunjukkan tidak menggunakan kentang dan serbuk kari.

Sebaliknya, penggunaan daging cincang dan minyak sapi membuatkan inti juadah tersebut juicy dan lebih sedap.

“Boleh dipanggil martabak raja level sedap dia,” ujarnya.

Menurut Ben, resipi itu diolah menggunakan bahan berkualiti berdasarkan resipi Youtuber, Cheq Na yang berkongsi resipi turun-temurun keluarga.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan kuah jeruk bawang, inti dan martabak tersebut.

RESIPI MARTABAK DAGING

I – Resipi kuah jeruk bawang

Bahan-bahan
2 biji bawang merah besar India sebesar bola pingpong [BELI DI SINI] – pilih yang terang warna ungu supaya ia akan turun dalam kuah jeruk
1/2 sudu makan garam kristal pink Halalgel [BELI DI SINI]
2 sudu makan gula [BELI DI SINI]
200 mililiter cuka cap Yakin [BELI DI SINI]

Cara penyediaan:
1.Campur semua bahan dan biarkan.

 

Baca juga: Menyegarkan! Hampir 1,000 share resipi Agar-Agar Limau Mandarin viral, buat cara ini baru elok kejadiannya

Baca juga: Resipi warisan hampir 50 tahun, mi sup daging ikonik dengan sentuhan tradisi Malaysia

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bawang stail mamak enak menyelerakan. Mudah rupanya, rugi tak cuba!

Iklan

II – Resepi martabak

Bahan-bahan
300 gram daging cincang segar ( Ausie Beef ) [BELI DI SINI]
2 sudu makan minyak masak [BELI DI SINI]
1/2 sudu makan marjerin Buttercup [BELI DI SINI]
1 1/2 sudu makan minyak sapi original cap Ghee [BELI DI SINI]
4 sekawan ( kayu manis, cengkih ,bunga lawang buah pelaga )
2 ulas bawang putih saiz besar [BELI DI SINI]
1.5 sentimeter (sm) tebal x 3sm halia
1 1/2 bawang merah [BELI DI SINI]
Rempah kurma [BELI DI SINI]
1/2 sudu makan garam masala [BELI DI SINI]
1/2 sudu makan serbuk perasa Hilal [BELI DI SINI]
1 sudu makan gula
1 sudu makan garam pink kristal Halalgel
1 biji telur saiz A
Puff pastry cap Kawan

Cara penyediaan:
1.Masukkan minyak masak, marjerin dan minyak sapi ke dalam kuali.
2.Sudah cair semua, masukkan 4 sekawan (kayu manis, cengkih ,bunga lawang dan buah pelaga). Tumis bagi naik bau.
3.Masukkan bahan kisar (bawang putih, halia, bawang merah dikisar menggunakan sedikit air).
4.Tumis bagi pecah minyak dan keluarkan 4 sekawan.
5.Masukkan rempah kurma, garam masala dan tumis lagi dengan api kecil sampai pecah minyak.
6.Dah pecah minyak cantik, masukkan daging cincang, serbul perasa, gula dan garam pink kristal Halalgel (garam ini kurang masin berbanding garam biasa).


7.Apabila daging sudah masak, masukkan potongan dadu 4 biji bawang. Jangan masak sampai bawang betul-betul masak tetapi sekadar separuh masak.
8.Keluarkan lebihan minyak dan ketepikan.
9.Pecahkan 1 biji telur saiz A (kacau godak) dan tambah 3 sudu makan membukit inti daging.

Baca juga: Kuah laksa likat dan pekat, wanita ini kongsi resipi padu guna sardin tin je. Wajib cuba!

Iklan


10.Letak lebihan minyak yang dikeluarkan dan minyak sapi di atas pemangang. Seterusnya masak inti dan telur. Boleh gunakan acuan 4 segi.
11.Untuk kulit gunakan puff pastry Cap Kawan. Canaikan bagi nipis dengan sedikit minyak dan sehingga ia hampir sekali ganda membesar dari saiz sedia ada.
12.Okey inti dah masak, terus masukkan atas kulit. Masak atas pemanggang menggunakan api kecil. Seperti biasa oles dengan lebihan minyak dan minyak sapi.
13.Masak 4 minit, terbalikkan, 4 minit terbalikkan dan 4 minit lagi. Gunakan api sederhana kecil. Jika lipatan bawah martabak tebal, lebihkan masa memasak.
14.Siap dan sedia dihidang.

Nampaknya, tak perlu lagi beratur panjang untuk beli juadah yang satu ini. Buat sendiri di rumah, pasti lebih puas makan.

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!