Anak-anak mesti suka, resipi Mi Crispy Chicken Wonton

A
A
A

Jika anak anda jenis yang susah nak makan nasi untuk berbuka, apa kata cuba resipi Mi Crispy Chicken Wonton ini. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun pasti menggemarinya.

RESIPI MI CRISPY CHICKEN WONTON

Bahan utama:

1 paket mi

1 paket Crispy Chicken Wonton

EB Frozen Food

Bahan sos kicap:

6 sudu kicap manis

3 sudu kicap cair

3 sudu sos tiram

3 sudu minyak bijan

Bahan sup:

1 ketul isi ayam (bahagian dada)

1 1/2 inci halia (dihiris)

1 ulas bawang putih

1/2 kiub ayam

Garam secukupnya

Ayam yang sudah direbus, ditapis dan

perap dengan sos kicap

Bahan sos cili:

3 @ 4 biji cili padi

1 ulas bawang putih (cincang halus)

Kicap cair secukupnya

Cara penyediaan:

1. Goreng wantan dengan minyak yang panas. Selesai goreng ketepikan sebentar.

2. Rebus isi ayam bersama hirisan halia dan sedikit garam. Bila masak ambil ayam

dan tuangkan sos kicap dan perap dalam 30 minit. Goreng dan ketepikan sebentar.

3. Air rebusan ayam dibuat sup. Tambahkan air. Masukkan 1/2 kiub ayam dan 1 ulas hirisan bawang putih. Didihkan sup. Sup siap.

4. Untuk sos cili, hiris cili dan cincang bawang putih. Tambah kicap cair secukupnya.

5. Didihkan air. Tutup api dapur dan celur mi wantan ke dalam air.

6. Tuangkan sos kicap ke atas mi dan gaul serata. Mi siap untuk dihidang.

7. Boleh dihidang bersama Crispy Chicken Wonton EB Frozen Food.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca