Resipi Miang Pla Pao padu! Mudah sangat cara buat rupanya

Resipi Miang Pla Pao padu! Mudah sangat cara buat rupanya
Resipi Miang Pla Pao padu! Mudah sangat cara buat rupanya
A
A
A

JIKA korang rindu masakan Thailand Miang Pla Pao ini, tibalah masanya untuk cuba membuatnya sendiri.

Inilah sajian ikan yang menyelerakan dihidang bersama suhun atau bihun dan aneka ulaman serta dicicah bersama sos hijau istimewa.

Namun ada juga penggemar menu ini menambah hidangan dengan pelbagai makanan laut yang dipanggang.

Mudah sangat rupanya nak menyediakan Miang Pla Pao ini. Boleh buat di rumah sendiri tak perlu lagi nak ke negara jiran sana.

Mari lihat perkongsian @sitieyluezia ini yang katanya sangat sesuai untuk korang yang tengah diet.

Bahan-bahan

  • Suhun atau bihun
  • Ulam-ulaman (salad, timun, tomato)
  • Ikan talapia

Bahan- bahan sos hijau

Bawang putih 5 ulas

  • Cili padi. Guna yang hijau 30 biji baru padu
  • Sos ikan
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar dan akarnya

Cara-cara membuatnya;

Suhun atau bihun direbus

Ikan:

1. Kelar sikit ikan tilapia di kedua-dua sisi.

2. Lumur garam sikit. Goreng atau bakar. Terpulang nak garing ke tidak.

*Jika dibakar, tidak perlu dibuang sisiknya.

Sos hijau:

Blender semua bahan sos. Masukkan sedikit air. Blender agak-agak lumat. Masukkan dalam mangkuk. Tambah garam dan gula ikut selera masing-masing. Hiris daun ketumbar tabur dalam mangkuk.

Susun semuanya ulam, suhun atau bihun dan ikan dalam pinggan.

Siap! Selamat mencuba.

Cuba juga Kuih Ropa Terengganu, mudah jer buat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca