Resipi mini nutella cone, anak-anak pasti suka

No Image Caption
A
A
A

INGINKAN sesuatu yang sedap dan mudah? Boleh buat resipi mini nutella cone ni. Sekali makan tak cukup pasti nak lagi. Jom cuba.

Bahan-bahan:

  • Kulit popia saiz 7.5 inci
  • Nutella
  • Pipping bag
  • Kacang cincang badam panggang/sprinkle
  • Air

Cara-cara:

1. Ambil kulit popia dan potong kepada tiga bahagian. Kemudian potong lagi tiga bahagian sehingga mendapat bentuk empat segi kecil.

2. Selepas itu, bentukkan popia yang dipotong tadi menjadi bentuk cone dan letakkan bahagian hujung dengan air

3. Buat sehingga habis kulit popia atau sebanyak mana yang anda inginkan.

4. Biarkan kulit popia tadi kering sehingga 3-4 jam.

5. Selepas itu goreng dengan api perlahan sehingga keperangan.

6. Biarkan ia sejuk.

7. Selepas sejuk, pipping nutella ke dalam cone popia dan taburkan kacang badam panggang atau sprinkles.

Siap! Boleh dihidangkan ketika hari raya. Selamat mencuba.

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: Adikfoods

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca