SEDAPNYA kalau dapat makan manisan coklat. Nak buat kek macam leceh sangat. Jadi, ini resipi nutella dorayaki yang boleh anda cuba di rumah.

Bahan-bahan:

2 biji telur
1/4 cawan gula
1 sudu madu
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan tepung gandum
4 sudu susu segar
Garam

Cara-caranya:

1.Masukkan dua biji telur ke dalam bekas
2.Kemudian masukkan 1/4 cawan gula dan 1 sudu madu
3.Kacaukan campuran tadi
4.Setelah itu masukkan setengah sudu kecil baking powder dan satu cawan tepung gandum
5.Kacau lagi
6.Tambahkan pula 4 sudu susu segar dan garam sedikit
7.Kacau sehingga sebati
8.Apabila sudah sebati, ambil satu senduk campuran tadi dan masukkan ke dalam kuali
9.Kemudian, apabila ia sudah ada bubble kita terbalikkannya
10.Sapukan nutella dan doublekan ia

Iklan

Siap! Inilah dia resipi nutella dorayaki. Amat comel dan sedap lebih-lebih lagi kalau anda lelehkan isi nutella itu! Anak-anak anda pasti sukakannya. Selamat mencuba!

Iklan

Penulis: Suhaila Ali
Foto: unsplash