Resipi pais ikan mudah, lazat. Masak guna kuali pun boleh

A
A
A

JIKA sesiapa yang belum pernah mencuba menu pais ikan, korang amatlah rugi.

Selain cara membuatnya yang sangat ringkas, menu itu juga mampu membuka selera.

Ia juadah yang sangat sesuai buat mereka yang tidak berkesempatan memasak pelbagai juadah.

Cara memasaknya pun terlalu mudah boleh menggunakan air fryer, kuali ajaib, oven, pengukus ataupun kuali. Pilihan masing-masing.

Pais ikan memang sedap dimakan bersama nasi putih, lebih-lebih lagi ikannya diperap dan dibakar di dalam balutan daun kunyit.

Bahan-bahan:

  • Ikan (boleh pelbagai jenis ikan anataranya ikan patin, terubuk, kembung atau ikan pari).
  • 2-3 helai daun kunyit (untuk membalut, jika ada daun pisang lagi baik).
  • 1 helai daun kunyit hiris nipis
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 2-3 sudu makan minyak masak

Bahan tumbuk (lesung batu):

  • 8-10 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (hiris dan tumbuk)
  • 1 genggam kelapa parut
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam

Resipi pais ikan mudah, lazat. Masak guna kuali pun boleh

Cara-cara:

1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas dan pes asam jawa lalu gaul rata.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan daun kunyit. Gaul sebati bersama bahan tadi.

3. Sumbat bahan ke dalam ikan dan lumur hingga sebati. Balut ikan menggunakan daun kunyit atau pisang.

4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak anggaran 3-4 sudu makan. Masukkan ikan, tutup dengan menggunakan tudung periuk.

*Boleh dimasak menggunakan kaedah masing-masing seperti bakar atas arang, air fryer, oven, kuali ataupun pengukus.

Cuba juga Teknik kawal api penentu ‘kemenjadian’ belebat ubi stelo

5. Biarkan ikan selama 15 minit dan masak menggunakan api sederhana. Kemudian terbalikkan ikan dan tutup kembali. Masak lagi selama 10 minit.

Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Sumber : Mariana Zainal

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca