AYAM gepuk sajian yang popular dengan rasa pedas. Semakin tinggi tahap pedas sambalnya, maka bertambah ‘berapi’ setiap suapan!

Biasanya menu ini mempunyai tiga tahap iaitu biasa, pedas dan sangat pedas. Bagi peminat makanan pedas, sambal sajian ayam gepuk memang pembuka selera. Lemak-lemak pedas, memang padu.

Tak perlu ditumis tetapi sambal ini elok pecah minyak (Kredit foto: Twitter @helmihaqiem, Freepik)

Kalau nak berjimat untuk makan-makan dengan keluarga, anda boleh sediakannya sendiri menu ini di rumah.

Berikut adalah resipi sambal ayam gepuk yang dikongsi Helmi Haqiem yang pernah bekerja sebagai pengurus restoran.

“Dulu pernah jadi manager restoran ayam gepuk, jadi kita tahu bahan-bahan digunakan untuk sambal.

“Paling penting, sambal ini tak payah masak tetapi elok pecah minyak.

“Anda boleh buat dan simpan stok untuk seminggu,” titipnya.

Baca juga: 24,000 share, resipi Sambal Tempe Bilis Kacang stok sahur, ratah pun sedap

SAMBAL AYAM GEPUK POPULAR

Bawang putih [BELI DI SINI]
Cili padi merah pedas [BELI DI SINI]
Cili padi hijau kampung (kadar nisbah cili merah dan cili hijau 3 : 1)
Kacang gajus (sangai) [BELI DI SINI]
Minyak bijan [BELI DI SINI]
Minyak masak [BELI DI SINI]
Garam (secukupnya) [BELI DI SINI]
Serbuk perasa (secukupnya) [BELI DI SINI]

Cara penyediaan

1-Tumbuk bawang putih hingga lumat.

2. Kemudian, masukkan cili merah dan cili hijau. Kalau ko ada batu giling lagi best. Saya menggunakan batu lesung. Tumbuk sampai lumat.

3. Sementara itu, panaskan minyak masak hingga berasap.

4. Agak-agak cili sudah lumat, masukkan minyak masak panas ke dalam lesung batu sampai bunyi berdesir. Bunyi begitu menandakan minyak betul-betul panas.

5. Gaul sebati sambal tersebut dan masukkan kacang gajus.

(Kredit foto: Freepik)

6. Jika lesung anda kecil, pindahkan dulu cili yang ditumbuk tadi ke dalam pinggan.

7. Tumbuk kacang gajus hingga lumat. Sesudah lumat, masukkan semula cili yang ditumbuk tadi.

8. Apabila lumat cili dan kacang gajus, tambah garam dan serbuk perasa. Gaul rata.

Iklan

9. Langkah penting! Masukkan minyak bijan.

10. Kemudian tuangkan minyak masak panas tadi. Jika sudah sejuk, panaskan ia semula hingga berasap dan tuang lagi dalam ke dalam bahan yang siap tumbuk dalam lesung tadi.

11. Apabila sudah cukup minyak, rasa sedikit sambal dan tambah garam dan serbuk perasa jika perlu. Masukkan ke dalam bekas. Minyaknya elok terapung, elok pecah minyak. Siap!

Baca juga: Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan, tak sedar licin nasi sepinggan

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Menurut Helmi sambal ini tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana ia sudah masak semasa proses memasukkan minyak panas.

Pun begitu, untuk menjamin ketahanan, faktor kebersihan amat mustahak untuk dititikberatkan.

Iklan

“Tahan tiga hingga empat hari pada suhu bilik. Pastikan anda simpan di dalam bekas kedap udara yang bersih. Wajib guna sudu bersih untuk ambil dan tutup. Tak perlu usik semua,” ujar Helmi berkongsi tip.

Baca juga: Resipi rahsia sambal ayam penyet yang senang dan rasa padu

Sumber dan foto utama: Twitter @helmihaqiem

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang