SAMBAL yang rangup dan kering dicampur dengan tempe dan kacang. Buat kunyah waktu tengok tv ataupun gaul makan bersama nasi panas, alahai sedapnya kan.

Kalau nak cepat ataupun tak tahu nak masak apa, inilah menu segera yang boleh disediakan. Ia sangat mudah dan lazat!

Tak lama lagi bulan puasa, bolehlah cuba. Boleh jadi resipi untuk sahur mahupun berbuka.

Jom kita layan resipi ini dulu.

Bahan-bahan:

  • Tempe (hiris nipis)
  • Kentang (hiris nipis)
  • Kacang tanah
  • Ikan bilis

*Semua bahan di atas goreng dan ketepikan dahulu.

Bahan sambal:

  • 1 mangkuk cili kering kisar
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • Gula dan garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1)Kisar bahan untuk menumis seperti cili kering,bawang merah, bawang putih dan belacan.

Iklan

2)Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.

3)Masukkan garam dan gula. Masak sampai pecah minyak, sampai warna sambal menjadi sedikit gelap.

Iklan

4)Sejukkan sambal. Kemudian campur bahan-bahan yang digoreng di atas. Gaul rata.

Selepas siap digoreng, biarkan sejuk baru masukkan dalam bekas kedap udara. Sambal tempe rangup ni boleh tahan selama tiga hari. Jadi, selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: FACEBOOK