MENU masakan kampung menjadi kegemaran pelbagai peringkat usia. Sayur meranti masak lemak keledek antara menu yang membuatkan anda makan bertambah-tambah. Apatah lagi jika digandingkan dengan sambal belacan dan ikan masin.

Pokok daun meranti agak sukar didapati terutama di kawasan bandar. Maka sebab itulah jika dibeli di pasar, harganya sedikit mahal berbanding sayur-sayur yang lain.

Baca juga: Resipi tose mudah guna tepung atta, 6 khasiatnya untuk kesihatan wanita

Sayuran ini banyak ditanam dan hidup subur di kawasan kampung. Jika pulang ke kampung, selalunya inilah hidangan yang ditagih untuk disediakan oleh ibu tersayang.

Hanya pucuknya sahaja dimasak untuk dijadikan menu sama ada kuah lemak, tumis air, tumis kering atau sekadar dicelur untuk dijadikan ulam. Seorang pengguna Facebook, Muhamad Muktamin Abdul Karim telah berkongsi resipi dan cara-cara memasak sayur meranti masak lemak keledek.

Baca juga: Buah dan sayur boleh sebabkan ‘angin’ dan ‘kembang urat’ bila dimakan, begini cara hendak atasinya

RESIPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK KELEDEK

Bahan:
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong) [ BELI DI SINI]
Udang secukupnya [ BELI DI SINI]
Ikan bilis /udang kering [ BELI DI SINI]
Bawang besar (dihiris) [ BELI DI SINI]
Bawang putih (dihiris) [ BELI DI SINI]
Cili merah (dihiris) [ BELI DI SINI]
Garam secukup rasa [ BELI DI SINI]
Santan [ BELI DI SINI]

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.

2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan. [BELI DI SINI]

3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.

Iklan

4. Apabila sudah hampir masak, masukkan udang. Biarkan seketika, cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Hidangkan. Lebih sedap apabila dimakan bersama sambal belacan. [BELI DI SINI]

Baca juga:Cara mudah tanam pokok daun sup, guna batang dan akar, tak perlu benih

INFO TENTANG SAYUR MERANTI:

  • Tumbuhan liar daripada keluarga Solanaceae
  • Ia adalah tumbuhan renek setinggi 30 sentimeter (cm) hingga 120 cm dengan dahan yang lembut dan daun berwarna hijau gelap.
  •  Dianggap sebagai rumpai di kawasan kebun kerana pokok ini tumbuh sendiri terutama selepas aktiviti menebang pokok getah dan tanah terdedah kepada cahaya matahari.
  • Ukuran bunganya juga kecil sekitar 5 milimeter (mm) hingga 8 mm sahaja, Ia  menghasilkan buah berbentuk beri yang kecil berwarna hijau.
  • bahagian yang digunakan untuk dijadikan sayur adalah bahagian daun yang masih lembut (pucuk) dan dipetik dengan tangan.

Baca juga: Harga sayur naik mendadak, boleh cuba 15 jenis sayuran kampung ini

Iklan

Sumber: Muhamad Muktamin Abdul Karim

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi