Resipi Spicy Korean Chicken

resipi
resipi
A
A
A

PERASAAN nak makan ayam kFry membuak-buak pula musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ni. Tapi selepas anda tengok resipi ni confirm terus pergi dapur dan masak. Sebab senang sangat nak buat Spicy Korean Chicken ini.

Bahan-bahan:

Ayam

Garam

Serbuk lada hitam

Serbuk halia

Tepung jagung

1 biji telur

3 ulas bawang putih (dipotong dadu)

3 biji cili padi (dihiris nipis)

1 sudu besar serbuk cili

6 sudu besar sos cili

1 sudu besar madu

1 sudu besar kicap manis

2 biji air limau

Biji bijan putih

Cara-cara:

1. Gaulkan ayam dengan campuran garam, sebuk lada hitam, serbuk halia, tepung jagung dan sebiji telur yang telah dipukul

2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing

3. Kemudian untuk sos pula, tumiskan bawang putih dan cili padi

4. Masukkan serbuk cili dan sos cili. Kacaukan

5. Masukkan madu. Kacaukan

6. Masukkan kicap manis. Kacaukan

7. Masukkan air limau dan serbuk perasa sedikit

8. Setelah sos sudah siap masukkan ayam yang telah digoreng tadi

9. Taburkan biji bijan putih di atas ayam itu. Siap!

Inilah resipi Spicy Korean Chicken ala-ala dekat restoran Korea tu. Sedap dengan kepedasan dan manis madunya. Bolehlah makan sambil berangan berada di Korea. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali

Foto: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca