5 minit siap! Resipi susu pekat manis homemade hanya 4 bahan. Jimat & dijamin halal
SUSU pekat manis banyak digunakan dalam minuman dan masakan. Dengan kenaikan harga barangan dan inflasi, bagi keluarga yang besar eloklah cuba buat sendiri susu pekat manis homemade menggunakan resipi mudah ini. Bolehlah berjimat duit belanja dapur kan?
SinarPlus ingin kongsikan resipi berguna daripada Eja Derol ini. Mudah sahaja caranya, tidak sampai lima minit, susu pekat manis boleh siap untuk diguna.
Baca juga: Lemak, masin dan manis, sedapnya jagung rebus susu cheese
"Saya hendak kongsikan cara membuat susu pekat homemade. Jimat sikit bajet beli susu pekat," kongsinya.
SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE
Bahan-bahan
300 gram susu tepung (boleh dibeli di kedai bahan bakeri) [BELI DI SINI]
2 1/2 cawan gula [ BELI DI SINI]
1 cawan air panas
1 sudu besar marjerin [ BELI DI SINI]
Cara penyediaan
1-Masukkan semua bahan ke dalam pengisar (blender).
2-Kisarkan ia berubah menjadi tekstur krim, semua bahan hancur dan sebati.
3-Siap dan sedia untuk digunakan untuk penyediaan minuman dan masakan.
Ujar Eja lagi, susu pekat manis ini boleh tahan selama dua minggu jika disimpan bekas bertutup di dalam peti sejuk.
Senang jer kan caranya? Selamat mencuba!
Baca juga: Garing di luar lembut di dalam, ini resipi mudah buat bingka susu lemak berkrim
Baca juga: Tak perlu pakai mixer, mudahnya buat kek coklat moist jimat tanpa telur, susu & mentega
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang