Resipi Taiwanese Sweet Potato Balls

Taiwanese Sweet Potato Balls
Taiwanese Sweet Potato Balls
A
A
A

NAK minum apa ya untuk berbuka hari ini? Jika masih tak tahu nak masak, SinarPlus kongsikan menu yang lain daripada lain untuk anda cuba.

Ini dia resipi Taiwanese Sweet Potato Balls yang sedap dan mudah untuk disediakan.

Bahan-bahan:

350g ubi keledek ungu

350g ubi keledek oren

3/4 cawan tepung ubi kayu (ini untuk setiap satu jenis ubi)

Sedikit air (jika perlu)

Air cincau

Kiub cincau

Susu cair

Cara-cara:

1. Rebus ubi sehingga lembut dan hancurkan ia. Lakukan asing untuk ubi ungu dan oren.

2. Biarkan ubi tadi sejuk dan masukkan tepung ubi kayu. Lakukan perkara sama untuk setiap ubi secara berasingan.

3. Uli dan tambahkan air untuk mendapatkan tekstur yang cantik.

4. Uli memanjang seperti keropok lekor dan potong kecil lebih kurang saiz ibu jari.

5. Taburkan tepung ubi kayu untuk tidak mahu ia melekat ketika masak.

6. Didihkan air dan masak ubi kayu tadi sehingga ia terapung sudah boleh angkat.

7. Dalam bekas mangkuk, isikan ice kiub dan tuangkan air cincau.

8. Tambahkan kiub cincau. Masukkan rebusan ubi tadi dan susu cair.

Siap! Sedia untuk dihidangkan. Sangat sedap dan menyelerakan. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: @khairulaming

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca