KEPADA wanita berhijab, selain alat mekap, seterika merupakan peralatan penting untuk dibawa tatkala pergi mengembara ke mana jua pun destinasi.

Pastinya, produk yang bersaiz kompak dan ringan menjadi pilihan.

Memahami kehendak pengguna, Philips telah memperkenalkan seterika wap mudah alih, Philips Steam & Go Handheld Garment Steamer.

Fitur yang direka khas dengan teknologi aliran pengewapan pintar tersebut boleh digunakan secara menegak atau melintang sehingga ke sudut yang sukar untuk digosok.

seterika philips

Memetik laman web rasmi Philips, dengan berat hanya 24 gram, gajet itu juga akan menjadikan masa menyeterika pelbagai jenis pakaian lebih pantas tanpa perlu menggunakan papan penggosok.

Philips Steam & Go Handheld Garment Steamer yang ditawarkan pada harga bermula RM329 mempunyai spesifikasi seperti berikut:

seterika philips

  • Kapasiti tangki air seluas 70 mililiter lebih besar berbanding model terdahulu.
  • Wayar lebih panjang iaitu 2.5 meter untuk capaian lebih jauh.
  • Pemegang ergonomik lebih ringan dan selesa untuk kegunaan lebih lama.

Baca juga ShopeeMall X Philips lebih meriah, rebut peluang penjimatan berganda dengan baucar kedai lebih 50 peratus

Iklan

seterika philips

  • Ciri pengewapan automatik memudahkan kerja mengosok.
  • Wap panas membantu membasmi virus dan bakteria hingga 99.9 peratus sekali gus memberi penjimatan untuk cucian kering.

seterika philips

Iklan

Inovasi Philips itu boleh dibeli secara e-dagang menerusi platform Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.philips.com.my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi