ROSA, teknologi canggih bantu pakar bedah Hospital Gleneagles Medini Johor lakukan penggantian lutut

f-rosa
f-rosa
A
A
A

ROSA iaitu pembantu pembedahan robotik telah membantu pakar bedah ortopedik melakukan penggantian lutut di Hospital Gleneagles Medini Johor sejak Disember 2021.

Dengan ciri tambahannya, ia membolehkan pakar bedah ortopedik menggunakan pendekatan anterior untuk bekerjasama dengan ROSA bagi pembedahan penggantian lutut keseluruhan.

Dr Suhaeb Abdulrazzaq Mahmod yang bertugas di bahagian pembedahan ortopedik Hospital Gleneagles Medini Johor antara doktor pertama di hospital berkenaan yang menggunakan ROSA bagi pembedahan penggantian lutut.

Ketepatan teknologi itu telah menambahkan jumlah penggantian lutut dan mendorong Hospital Gleneagles mengembangkan peranan ROSA di bilik pembedahan" kata hospital berkenaan dalam satu kenyataan akhbar.

Pun demikian, sebagai pakar bedah, mereka masih mempunyai kawalan penuh ke atas perancangan kes dan pembedahan sebenar.

Namun dengan keupayaan lanjutan ROSA, pakar menerima data dan alat visualisasi sebelum dan semasa pembedahan bagi memastikan orientasi dan penempatan komponen pengganti lutut yang lebih tepat.

Melalui kaedah itu, ia boleh membawa prestasi sendi yang lebih baik dan tahan lebih lama. Dengan menggunakan data khusus pesakit yang dikumpul oleh ROSA, pakar bedah boleh membuat dan melaksanakan rancangan pembedahan yang lebih spesifik untuk setiap pesakit yang memerlukan penggantian lutut separa atau penggantian lutut keseluruhan," kata kenyataan itu lagi.

Antara ciri lain, ROSA juga boleh membantu mengukur ketegangan tulang dan tisu pada lutut pesakit, selain memantau dengan pengimejan masa nyata sepanjang prosedur ortopedik.

Walaupun ROSA direka untuk pakar bedah yang menggunakan pendekatan anterior langsung, usaha sedang dijalankan untuk melengkapkan robot dengan data dan alatan tambahan bagi membantu pakar yang gemarkan pendekatan posterior.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca