Roti jala halus bak benang ini rahsia tentukan kepekatan adunan, pusaran mesti sebesar kelingking

A
A
A

ROTI jala adalah antara sajian popular dihidangkan sebagai menu harian mahupun jamuan. Digandingkan dengan cecahan kari ayam, daging atau serawa durian, tak hairanlah ia selalu jadi rebutan.

Kini roti jalan muncul dalam pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibentuknya menjadi kelopak bunga, cantik sangat!

Rahsia terpenting 'kemenjadian' roti jala ialah kelikatan adunannya.

Baca juga: Cantiknya roti jala bentuk bunga dan kek, ibu dan anak ini kreatif hasilkan sajian menawan

Ramadan pun menjelang tak lama lagi, ayuh kita pelajari trik mengukur kepekatan adunan roti jala agar hasilnya halus cantik dan lembut dimakan.

Pemilik resipi, Huda Yusof sebagai usahawan roti jala berkongsi ilmu cara nak tentukan kelikatan adunan roti jalan sebelum ia dijala.

"Saya nak cuba kongsi ilmu mudah. Bagi pembuat roti jala amatur macam saya, setiap kali nak tahu adunan tepung dah cukup likat untuk dijalakan kena tengok 'lubang pusaran'.

"Kalau besar lubang pusaran, tambah tepung sikit sampai lah lubang sebesar jari kelingking. Kalau lubang pusaran kecil, tambah air sikit. Alhamdulillah, menjadi.

"Ini resepi untuk 25 biji roti jala," kongsinya.

Berikut adalah resepi dan langkah dan tip yang Huda yang menerima lebih 1,000 share di Facebook.

Baca juga: Tetap bahaya makan bahagian bersih roti yang sudah berkulat

Baca juga: Alhamdulillah, Menu Rahmah RM5 makan tengah hari dan malam di 15,000 premis, 15 info perlu tahu

RESIPI ROTI JALA

Bahan-bahan

1 biji telur

2-3 sudu besar santan/ susu segar

2 cawan tepung gandum.

1 cubit pewarna kuning/kunyit

1 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

Cara penyediaan

1. Masukkan air sampai tenggelam tepung (saya agak-agak dalam dua cawan air ikut cawan sukatan tepung).

2. Ambil sudip panjang kacau-kacau untuk sebati.

3. Dah agak sebati, kita kisar (blend) semua bahan di atas.

4. Masa inilah saya kena perhati lubang pusaran tu.

5. Sewaktu nak menjala, masukkan sahaja bancuhan ke dalam botol untuk dapatkan jalaan sehalus benang.

Hasilnya akan jadi menarik!

Wah simple jer cara membuatnya. Apabila adunan halus dan sesuai kepekatannya, tak susahlah nak menjala. Yang first time buat pun confirm jadi.

Sumber: Huda Yusof

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca