Rupanya senang jer buat agar-agar kering lejen untuk kudap raya hanya 4 bahan mudah. Jom cuba!

AGAR-AGAR kering adalah sejenis kuih yang manis dan tahan lama. Jika dahulu bila tiba hari raya, agar-agar kering adalah kuih yang wajib ada terhidang di atas meja hampir setiap rumah.

Kanak-kanak yang datang pasti teruja melihat agar-agar kering yang berwarna-warni itu.

Zaman ini jarang dah jarang lihat agar-agar kering ini, tak ramai dah yang buat mungkin kerana pembuatan yang agak leceh sedikit.

Ia adalah pada asasnya dibuat daripada agar-agar manis yang telah dikeringkan.

Agar-agar kering biasanya dibuat pelbagai warna supaya menarik dan dijemur separa kering menyebabkan ia tidak senang rosak dan tahan lama.

Rupanya senang sahaja membuatnya, bahan pun tak banyak diperlukan. Elok pula musim panas sekarang kan. Pasti cepat siap agar-agar kering ni boleh dihidang raya nanti.

Mak-mak cubalah buat bersama anak-anak agar-agar kering ini, kudapan lejen penuh nostalgia ni.

Cuba juga Rangup dikunyah, kacang botak kudapan raya paling mudah modal pun murah jer

Bahan-bahan;

  • 120 gram agar-agar tali direndam
  • 3 kg gula pasir
  • 500 gram gula batu
  • 3 liter air mineral

Cara membuatnya;

Iklan

1. Masak agar-agar sampai likat berkilat. Letak dalam bekas dan letakkan perisa dan warna.

Cuba juga 2,600 likes, sedapnya Almond Cluster, kuih raya 2 bahan tak ada oven pun boleh buat, cornfirm laku keras!

2. Tunggu ia mengeras, potong ikut bentuk yang disukai. Akhirnya jemur hingga menjadi agar-agar kering.

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Ina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.