WAKTU sekarang ni bila scroll media sosial ramai pula yang buat masakan berasaskan sagu.

Ada yang buat menu sagu gula melaka, kuih sagu kelapa, bubur barli sagu dan macam-macam lagi.

Sagu pun boleh dibuat bubur juga tau. Jadi hari ini SinarPlus nak kongsikan khasiat sagu ini.

1. Sumber tenaga 

Sagu mengandungi tinggi nilai kalori yang mampu memberi anda tenaga ekstra. Justeru, sagu bagus dimakan sekiranya anda melakukan pekerjaan yang berat dan memerlukan tenaga yang banyak. Di samping itu, sagu turut mampu meningkatkan penghasilan glukosa semula jadi oleh badan yang mampu memperbaiki pergerakan sendi dan memulihkan otot sendi.

2. Mencegah darah tinggi

Sebanyak 100 gram sagu mengandungi kira-kira lima miligram potassium. Kandungan potassium ini dapat meningkatkan peredaran darah ke seluruh sistem kardiovaskular. Dengan ini dapat mencegah seseorang itu daripada mengalami darah tinggi.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Iklan

Makan sagu mampu meningkatkan penghasilan enzim pencernaan. Justeru, ia mampu melancarkan pencernaan dengan mengelakkan seseorang daripada mengalami kembung perut dan sembelit.

4. Menyihatkan tulang 

Sagu turut kaya dengan zat besi, kalsium dan mineral lain. Ini mampu meningkatkan kepadatan tulang dan menyihatkannya.

Ini antara kelebihan dan khasiat yang terdapat dalam sagu. Semoga bermanfaat.

Iklan

Penulis: Suhaila Ali 

Sumber: Hellosehat.com dan dapurkakzu