Sahur dan berbukalah dengan kentang, bekal tenaga terbaik
SEDAR tidak sedar, hari ini sudah 17 hari kita berpuasa. Pastinya tubuh badan sudah terbiasa dengan fasa tersebut.
Biarpun badan sudah mula menerima perubahan yang berlaku, aspek pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat masih perlu dijaga.
Pakar diet dari KPJ Damansara, Rushda Adiba Ismail berkata, dengan penjagaan betul, baharulah tenaga mencukupi selain mendapat manfaat berpuasa termasuk dari segi kesihatan.
"Menjaga pemakanan dengan betul dapat mengelakkan masalah kesihatan antaranya seperti gastrik, sakit kepala dan sembelit.
"Ia juga bermanfaat buat penghidap aras gula darah terlalu rendah atau hipoglisemia (kurang daripada 3.8 mmol/L) bagi pesakit kencing manis sepanjang tempoh satu bulan dalam kenyataan media Potatoes USA baru-baru ini.
Pakar Diet di salah sebuah hospital swasta, Nurul Aziah Musa pula menjelaskan, pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa Ramadan adalah sama seperti dengan bulan-bulan yang lain.
“Ikuti garis panduan Islam yang melarang untuk makan secara berlebihan dan menggalakkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan. Jangan lupa pengambilan air yang mencukupi.
“Ambillah makanan daripada semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia. Antaranya, nasi, kentang, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam,” jelasnya.
Pastinya makanan dengan penyediaan ringkas dalam masa sama dapat membekalkan tenaga dan nutrien diperlukan sepanjang Ramadan ini bukan?
Menariknya kedua-dua pakar ini berkongsi tentang kebaikan ubi kentang!
Selain daripada nasi yang merupakan sumber makanan ruji, ubi kentang juga salah satu pilihan untuk sumber karbohidrat kompleks yang baik. Ia dapat membekalkan tenaga yang mencukupi, mengenyangkan dan mudah didapati.
Bukan itu sahaja, aras gula darah akan lebih terkawal dengan pengambilan karbohidrat kompleks semasa bersahur atau iftar.
Kata Nurul Aziah, perlu diketahui bahawa ubi kentang sama seperti nasi, roti, biskut dan lain-lain iaitu dalam kategori makanan karbohidrat. Oleh itu, kuantiti yang diambil perlulah bersederhana dan seimbang.
“Kentang juga adalah sumber tumbuhan yang semestinya tiada lemak dan tiada kandungan kolesterol.
“Bagaimanapun, hendaklah dipastikan penyedian masakan adalah dengan cara yang sihat. Kurangkanlah menggoreng dan lebihkan cara masakan yang lebih sihat seperti membakar dan merebus,” jelasnya.
Tingkatkan imuniti diri
Bagi meningkatkan imuniti diri ketika musim wabak, kata Nurul Aziah, kentang merupakan sumber makanan tinggi vitamin C yang boleh disediakan sepanjang Ramadan ketika iftar dan sahur.
“Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan di dalam badan yang boleh menghapuskan radikal bebas. Ia juga membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam badan.
“Ubi kentang yang mentah juga mengandungi sumber kalium yang tinggi. Kalium adalah elektrolit penting yang mengekalkan fungsi otot dan menjaga keseimbangan cecair dalam badan,” jelasnya lagi.
Di samping kuantiti, kualiti makanan dari sumber yang baik seperti kentang juga perlu dititik beratkan dalam merancang diet semasa Ramadan.
Namun begitu, Nurul Aziah mengingatkan agar pemilihan makanan dari sumber berkualiti adalah penting. Pastikan cara penyediaan adalah mengikut panduan makanan sihat.
"Semoga Ramadan kali ini merupakan titik permulaan untuk kita mengubahsuai corak pemakanan kita ke arah pemakanan yang seimbang, sihat dan pada masa yang sama hemah belanja," katanya.
Mereka berdua juga turut berkongsi resepi-resepi yang sedap menggunakan Kentang AS sebagai ramuan utama.
Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my.
ANEKDOT
Kebaikan kentang AS sepanjang Ramadan:
- Kaya dengan vitamin B6 dan C. Sumber karbohidrat yang baik. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.
- Tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Ia hanya mempunyai 110 kalori bagi setiap hidangan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang