Sambal tumis, pankek, dip salsa antara menu lazat guna Kacang Panggang Ayam Brand. Senang sangat nak buat

BILA dah lama bersilat masak makanan untuk anak-anak, kadang-kadang tak tahu nak masak apa, kan?

Itulah dilema mak-mak atau kita yang mungkin duduk rumah bujang.Jangan risau, SinarPlus boleh release kan tekanan anda dengan mencadangkan empat sajian mudah lagi senang hanya menggunakan kacang panggang daripada Ayam Brand.

Secara keseluruhan, terdapat tiga pilihan yang ditawarkan iaitu rasa original, light, keju dan terkini, Kacang Panggang Organik Ayam Brand yang lebih sihat.

Menariknya, kebanyakan hidangan boleh disediakan dengan cepat iaitu sekitar lima hingga 20 minit sahaja.

Berikut cara penyediaan empat hidangan lazat menggunakan Kacang Panggang Ayam Brand yang anda semua wajib cuba. Ada resipi yang rare tau!

1) Sambal Tumis Kacang Panggang Ayam Brand


Cara penyediaan:

1) Tumiskan Pes Sambal Tumis Ayam Brand sehingga naik bau.
2) Masukkan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand dan gaul dengan perlahan.
3) Seimbangkan masakan ini dengan menambah air, sos pedas, garam, perahan limau atau bahan perasa, rempah atau herba lain secukup rasa.
4) Akhir sekali, tambahkan kacang panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand dan gaul sehingga masak sempurna.
5) Siap. Hidangkan bersama nasi panas atau roti.

Tempoh penyediaan: 5 minit
Tempoh masakan: 10 minit
Saiz hidangan: 4 orang

2) Kacang Panggang Organik Ayam Brand bersama Pankek Ubi


Cara penyediaan:

1) Rebus ubi sehingga lembut dan toskan.
2) Tambahkan rempah dan tepung untuk membentuk doh.
3) Panaskan minyak dalam pan, tumis bahan-bahan aromatik sehingga naik bau.
4) Masukkan Kacang Panggang Organik Ayam Brand, Jagung Cawan Manis Ayam Brand dan Kacang Pea Hijau Ayam Brand.
5) Gaul dengan perlahan sehingga agak pekat.
6) Bentukkan 5 hingga 6 biji bebola doh ubi dan penyekkan menjadi bentuk pankek setebal kira-kira 1 sentimeter.
7) Semburkan sedikit minyak pada pan supaya tidak melekat dan goreng setiap kepingan pankek sehingga keemasan pada kedua-dua bahagian.
8) Untuk menghidang, tambahkan satu sudu penuh kacang panggang organik di atas setiap pankek dan hiaskan dengan daun pasli atau ketumbar. Yum!

Tempoh penyediaan: 20 minit
Tempoh masakan: 15 minit
Saiz hidangan: 4 orang

BACA JUGA: 4 resipi mudah menggunakan kacang panggang, Ayam Brand syorkan kepada peminat

3) Pot Keju Kacang Panggang Ayam Brand


Cara penyediaan:
1) Gaul Kacang Panggang Ayam Brand, rempah dan telur dalam mangkuk dengan perlahan.
2) Oleskan bahagian dalam 4 bekas muffin dengan mentega.
3) Tuang campuran kacang panggang dan taburkan keju dengan banyak pada bahagian atas.
4) Bakar dalam oven panas bersuhu 180 darjah Celsius selama 20 minit sehingga keju menjadi pejal. Naikkan suku kepada 210 darjah Celsius dan biarkan selama 3 hingga 5 minit sehingga keju keperangan.
5) Hiaskan pot keju dengan daun pasli atau ketumbar.
6) Hidangkan bersama roti bakar atau boleh dimakan terus menggunakan sudu. Hidangan ini pasti memuaskan selera anda.

Tempoh persediaan: 5 minit
Tempoh masakan: 25 minit
Saiz hidangan: 4 orang

Iklan

4)Dip Salsa ala Mexico Kacang Panggang Organik Ayam Brand bersama Kerepek Tortilla

BACA JUGA: Memang sedap Vegan Pai Ayam Brand dan Yumeat ni. Wajib cuba!

BACA JUGA: 5 hidangan sahur Ayam Brand yang mudah disediakan, cepat, sihat, enak dan paling penting menjimatkan!

Cara penyediaan:

Iklan

1) Kisar satu sudu besar minyak zaitun bersama satu tin kacang panggang dalam Sos Tomato Organik Ayam Brand, air perahan separuh biji limau, garam, lada hitam dan kepingan cili.
2) Pastikan anda sentiasa peka dengan tekstur dip anda. Kisaran yang pendek akan menghasilkan dip yang kasar, manakala kisaran yang lebih panjang akan menghasilkan pes yang lebih halus.
3) Kemudian, sediakan salsa dengan menggabungkan tomato yang telah dicincang, bawang merah, daun ketumbar, air perahan lemon dan suku tin Jagung Cawan Manis Ayam Brand.
4) Masukkan dip tersebut ke dalam sebuah mangkuk kecil dan dituangkan salsa yang telah tersedia di atasnya dan hidangkan bersama kerepek tortilla.

Tempoh penyediaan: 5 minit
Tempoh masakan: 3 minit
Saiz hidangan: 4 orang

Hah…nampak senangkan semua menu itu. Ada yang tak terfikir dek fikiran kita pun.
Jadi, apa lagi, jika anda ada stok kacang panggang dalam gerobok, boleh cuba masak untuk berbuka atau sahur.
Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi