Minuman coklat malt kegemaran rakyat Malaysia, MILO baru-baru ini memperkenalkan satu sajian berkhasiat iaitu MILO Nutri Breakfast yang baharu.

Seperti minuman MILO yang lain, produk terkini itu mengandungi kebaikan barli malt, oat, potongan buah-buahan segar, susu dan koko serta padat dengan gabungan unik enam vitamin serta tiga mineral penting.

Ia juga tinggi dengan zat besi, kalsium, vitamin D, selain merupakan sumber serat yang penting untuk membantu memelihara fungsi sistem pencernaan, kata Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestle (Malaysia) Bhd, Ng Su Yen.

Satu lagi sarapan berkhasiat MILO Nutri Breakfast dengan bijirin oat, senang sahaja nak sediakan
SU YEN

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan buat pertama kalinya MILO dalam bentuk bijirin oat yang lazat yang mana kebaikan dan keunikan rasa MILO dapat dinikmati dalam setiap suapan.

“Dalam rangkaian puluhan inovasi produk MILO, kami berbangga khususnya dengan MILO Nutri Breakfast kerana ia sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk berkongsi kebaikan MILO kepada rakyat Malaysia yang ingin memanfaatkan sepenuhnya pilihan sarapan yang bertenaga dan mahukan lebih lagi kebaikan MILO,“ kata Su Yen.


MILO Nutri Breakfast kini terdapat dalam dua varian yang sesuai untuk seisi keluarga iaitu pisang dan biji-bijian seperti biji bunga matahari dan biji labu.

Iklan

Untuk menyediakannya, hanya ambil satu peket MILO Nutri Breakfast dan tuangkan dalam 1/4 cawan (60 mililiter) air panas.

“Tidak kira jika anda kesuntukan masa atau mahu meluangkan masa bersama keluarga pada waktu pagi, MILO Nutri Breakfast merupakan sarapan bijirin oat mudah yang sesuai juga dipadankan dengan buah-buahan dan segelas MILO atau susu sebagai sajian sarapan pagi yang sihat,” katanya.

Iklan

Produk tersebut boleh didapati di kedai-kedai berhampiran atau melalui laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Untuk mengetahui kebaikan MILO Nutri Breakfast dengan lebih lanjut, layari milo.com.my/bm/milo-nutri-breakfast.