Sebelum pilih menu ‘rebus-rebus’ ketika berdiet, ketahui dahulu info-info penting ini

MUNGKIN ramai yang percaya bahawa menu makanan yang direbus (‘rebus-rebus’) lebih bermanfaat untuk tubuh terutama ketika ‘berdiet’ kerana khasiatnya kekal terjaga dan tidak hilang semasa proses memasak.

Makanan yang direbus dianggap lebih sihat kerana tidak melalui proses suhu yang tinggi.

Tidak hairanlah, ramai orang yang mengamalkan program diet memilih untuk menggantikan pengambilan harian mereka dengan makanan rebus yang lebih sihat dan selamat untuk tubuh.

Sayur-sayuran, daging dan kekacang tergolong dalam kumpulan makanan yang rendah kalori dan memberikan rasa kenyang lebih lama.

Baca juga: 30kg turun, rahsia diet 6 bulan, dulu dihina anak gajah

Iklan
Iklan
Kedit foto: Pexels

Agar diet anda berjaya dan sasaran berat badan tercapai, pakar pecergasan bertauliah, Arif Sukri pastikan pengambilan kalori harian anda tidak melebihi jumlah kalori yang dibakar. Selain itu, pastikan makanan yang diambil bukan sahaja rendah kalori, malah padat dengan nutrien.

Sebelum anda membuat keputusan untuk makan makanan yang direbus-rebus sahaja semasa berdiet, ini info yang perlu anda tahu:

1. Penurunan berat badan dalam program diet tidak bergantung kepada jenis pemakanan tetapi jumlah kalori yang anda dapat.

2. Jika kalori seharian anda adalah 2,000 kilokalori (kcal) dan anda berjaya mendapat 300 kcal deficit maka penurunan berat badan boleh berlaku.

3. Semasa diet, makanan yang direbus boleh dijadikan pilihan terutama jika anda hendak menjimatkan kalori namun perkara ini bukanlah satu kewajipan.

4. Kalori daripada makanan yang direbus lebih rendah berbanding makanan bergoreng.

Baca juga: Azam jururawat nekad turunkan berat badan hingga 31kg memang jadi inspirasi. Ketahui apa rahsianya

Kedit foto: Pexels

5. Mereka yang sudah mula mengalami kolesterol tinggi, makanan yang direbus boleh dijadikan sebagai pilihan utama.

6. Bagaimanapun masih tidak menjadi kesalahan sekiranya anda teringin dengan makanan bergoreng. Boleh sahaja anda makan secara berselang seli dengan makanan yang direbus.

7. Soalan utama anda perlu tanya pada diri apabila memilih untuk makan makanan yang direbus-rebus setiap hari, adakah anda mampu bertahan dengan menu yang sama sahaja?

Jika mampu, teruskan sahaja dengan makanan yang direbus. Jika kurang mampu, anda masih boleh mengamalkannya secara berselang seli dengan jenis makanan yang anda suka dan biasa makan.

Bagaimana pula dengan menu diet anda? Selang seli atau memang banyak fokus makanan yang rebus-rebus sahaja? Buatlah pilihan yang bijak dan sesuai dengan diri.

Baca juga: Mahu kelihatan kurus ramping dan sihat? Berikut 10 makanan yang mengenyangkan perut

Sumber: Arif Sukri 

Kredit foto utama: Pexels

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Wartawan SinarPlus

Published by
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

8 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

12 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

13 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

14 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

16 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

18 hours ago