Sedia lebih 150 menu, Daging Tempayan direneh dalam tempayan tandoori wajib kena cuba
Sedia lebih 150 menu, Daging Tempayan direneh dalam tempayan tandoori wajib kena cuba
KEPADA yang berselera 'besar', pilihan untuk ke Latest Recipe@ Le Meridien Kuala Lumpur memang berbaloi.
Masakan tidak, lebih 150 juadah bertemakan Bufet Ramadan Santapan Nostalgia tersedia setiap hari.
Menurut Eksekutif Cef Saus, Cef Budiman Bistari, beliau mencadangkan para tetamu mencuba menu berupa Daging Tempayan.
"Selepas diperap, daging akan direneh di dalam tempayan tandoori selama sembilan jam. 'Formula' itulah yang akan menjadikan setiap hirisan daging lembut dan berjus," katanya.
Di samping itu, Cef Budiman berkata, kulinari lain seperti Mee Lob Dang Tam yang disajikan bersama isi udang kara, udang, ketam dan udang bisque selain ditaburi pes cili kering, telur rebus, serbuk limau nipis serta serbuk kari, boleh membuatkan anda tersenyum puas.
Latest Recipe@ Le Meridien
Alamat: 2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur
Tarikh: 23 Mac hingga 21 April 2023
Menu signatur: Daging Tempayan, Racikan Ayam, Mee Lob Dang Tam dan Laksa Lemak Kuning Ikan Tongkol
Harga: RM198 hingga RM208 (dewasa) dan RM99 (kanak-kanak 5-12 tahun)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang