Sejadah putih SK x Amru konsep minimalis

sejadah
sejadah
A
A
A

PENERAJU telekung inovasi popular, Siti Khadijah (SK) dengan kerjasama syarikat Amru memperkenalkan koleksi sejadah yang selesa untuk kegunaan umat Islam khususnya pada bulan Ramadan.

Koleksi baharu SK x Amru tersebut menawarkan himpunan sejadah putih bersaiz mini dan berkonsepkan minimalis.

Jahitan geometri islamik pada keseluruhan sejadah dan sifatnya yang ringan membuatkannya ideal digunakan oleh pelbagai peringkat umur dan boleh dibawa ke mana sahaja.

Sulaman dan riben warna merah hati diterapkan pada bahagian tepi.

Penggunaan material kapas asli secara tidak langsung memberikan keselesaan berganda kepada para pengguna.

Sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia jenama SK, setiap pembelian sejadah mini SK x Amru, pembeli bakal menerima seunit minyak wangi sejadah bernilai RM12.90.

Sejadah mini SK x Amru boleh dibeli di Shopee Siti Khadijah pada harga RM59 sahaja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca