KALAU duduk depan televisyen atau mahu sarapan atau minum petang yang ringkas, biasanya biskutlah yang menjadi pilihan kita kan?

Namun, pastikan biskut yang kita makan, jangan sampai boleh sebabkan kita kena diabetes pula.

Jadi, untuk atasi masalah itu, SinarPlus cadangkan kepada anda semua agar mencuba menikmati biskut kraker daripada jenama Munchy’s.

Mengapa SinarPlus syorkan brand itu? Ini kerana sekeping biskut diperkaya dengan 10 nutrien termasuk vitamin B dan C dan mineral Selenium dan Zink yang boleh membantu menyokong sistem imun badan dari segi pertahanan halangan fizikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s Malaysia, Rodney Wong berkata, permintaan untuk snek yang lebih sihat dan berkhasiat terus meningkat.

Oleh sebab pandemik yang berterusan ini, pengguna kini lebih peka akan kesihatan dan keselamatan berbanding sebelumnya. Kami di Munchy’s percaya bahawa misi jenama kami adalah untuk membekalkan makanan yang lebih sihat, lazat dan menarik untuk memberikan detik-detik yang gembira dan bahagia kepada pengguna.

“Produk kami menggunakan bahan-bahan dengan kualiti terbaik dan membekalkan standard tertinggi dan ketekalan produk. Munchy’s Crackers Plus dilahirkan secara inovatif memenuhi janji jenama kami dan juga untuk memanfaatkan kesihatan dan peningkatan imunisasi yang diperlukan semua orang sekarang melalui biskut yang dinikmati.

“Kami berharap produk baharu ini bukan sahaja memberikan nutrisi dan menyokong kesihatan bagi keluarga rakyat Malaysia, malah memberi kegembiraan untuk mereka ketika duduk di rumah sambil memerangi pandemik ini,” katanya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Munchy’s Crackers Plus boleh didapati dalam tiga perisa iaitu:

Original High Calcium
High Protein Chia Seeds
High Fibre Whole Grain

Harganya yang disyorkan cuma RM4.80 (300 gram (g)) dan RM10.90 (700g).

Munchy’s Crackers Plus baharu kini boleh didapati di semua pasar raya besar dan kedai-kedai utama di seluruh negara.

Anda juga boleh membeli secara dalam talian melalui kedai rasmi Munchy’s di Lazada dan Shopee.

Iklan

Untuk kemas kini dan berita menarik dan lazat, sila ikuti dan like Munchy’s di Facebook atau Instagram.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sebelum terlupa, ada berita baik untuk anda semua. Sempena ulang tahun ke-30 Munchy’s tahun ini, mereka mengajak semua rakyat Malaysia untuk menyertai Scan, Play & Win OMG (Oh Munchy’s Goodness)!

Macam-macam hadiah menarik untuk para peminat setia menanti.

Siapa tahu, anda mungkin menjadi salah seorang daripada 30 orang pemenang bertuah untuk menerima Nintendo Switch!

Iklan

Cara menyertainya:

-Layari www.munchys30.com
-Daftar melalui Facebook anda dan mula bermain!
-Kumpulkan seberapa banyak mata yang boleh dengan menangkap biskut yang jatuh daripada baris pengeluaran semasa permainan.
-Lebih banyak anda main dan lebih tinggi mata anda, lebih besar peluang untuk menang!

Peraduan Scan, Play & Win berlangsung mulai 1 September lalu hingga 31 Oktober 2021 dengan menawarkan 30 unit Nintendo Switch untuk dimenangi. Para pemenang akan diumumkan setiap minggu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!