Selain bendi goreng, sedap juga kalau buat...

Selain bendi goreng, sedap juga kalau buat...
Selain bendi goreng, sedap juga kalau buat...
A
A
A

“Teringin pula nak makan sayur bendi tapi bosan pula makan sayur bendi goreng je...”

Bosan dengan resipi yang sama? Sinar Plus kongsikan beberapa resipi sayur bendi yang boleh anda buat selain goreng biasa sahaja. Boleh cuba untuk masak tengah hari ni.

1.Bendi air asam

Bahan-bahan:

5 batang bendi (belah tengah)

1 sudu besar asam jawa

1 cawan air

2 keping asam jawa

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil garam

1 biji bawang besar

2 biji bawang putih

1 batang cili merah

2 sudu besar ikan bilis

Cara-cara:

1.Basuh bendi dan belah tengah tetapi jangan sampai putus

2.Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan ikan bilis

3.Masukkan bahan yang dikisar itu ke dalam kuali sehingga mendidih

4.Apabila mendidih, masukkan bendi, asam keping, gula dan garam

5.Biar sehingga bendi masak

6.Siap untuk dimakan

2.Bendi celup tepung

Bahan-bahan:

4 batang sayur bendi

1/2 cawan tepung goreng

Air

Cara-cara:

1.Bersihkan sayur bendi

2.Bancuh tepung goreng. Pastikan teksturnya pekat agar tepung senang melekat pada sayur yang hendak digoreng

3.Panaskan minyak dan celupkan bendi satu persatu. Goreng sehingga garing dan keemasan

4.Siap untuk dimakan

3.Bendi goreng belacan

Bahan-bahan:

1 batang cili besar

3 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

Belacan

Segengam ikan bilis

15 batang bendi

Garam

Serbuk perasa

Gula

Sedikit air asam jawa

Cara-cara:

1.Panaskan minyak. Tumis ikan bilis dan belacan sampai naik bau.

2.Kemudian, masukkan cili padi, bawang putih dan merah. Tumiskan ia

3.Masukkan bendi

4.Tambahkan garam, serbuk perisa dan sedikit gula

5.Apabila bendi sudah layu, masukkan air asam jawa

6.Siap.

Ini antara resipi sayur bendi yang anda boleh cuba. Pastinya menyelerakan.

Penulis: Suhaila Ali

Foto: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca