Selalu tak cukup tidur, dengkur luar biasa? Ini puncanya...

No Image Caption
A
A
A

SERING mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa?

Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat.

Oleh sebab itu, masalah berkenaan disebut sebagai obstructive yang membawa maksud sumbatan. OSA akan menyebabkan kitaran tidur menjadi tidak sempurna.

Perlu diketahui bahawa tidur dikira cukup jika kitaran fasa tidur itu sempurna. Barulah akan berasa segar pada waktu pagi. Jika tidak, tidur seolah-olah tidak mencukupi.

Keadaan tersebut juga akan menyebabkan hormon stres bertambah dan berisiko untuk menghadapi beberapa jenis penyakit.

Awas! Sesiapa yang mengalami OSA mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghadapi :

  1. Tekanan darah tinggi
  2. Serangan sakit jantung
  3. Strok

Oleh itu, jika semasa tidur seseorang asyik berdengkur dengan kuat dan pada waktu pagi sering mengantuk, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan perkara itu. Punca yang utama adalah tonsil yang besar dan juga obesiti. Kedua-duanya boleh menyebabkan saluran pernafasan tertutup ketika tidur.

ANEKDOT

- Tahap Keterukan Penyakit

- Tahap penyakit sleep apnoea bergantung kepada kekerapan gangguan pernafasan. Anggaran di bawah boleh digunakan sebagai panduan:

  1. Normal- kurang daripada lima dalam setiap jam
  2. Ringan -5 ke 14 gangguan pernafasan dalam setiap jam
  3. Sederhana – 15- 30 gangguan pernafasan dalam setiap jam
  4. Teruk- lebih 30 gangguan pernafasan dalam setiap jam

- Keadaan berkenaan ditentukan dengan mengadakan ujian tidur sleep study (polysomnography). Ujian tersebut boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.

  1. Punca – punca OSA :

- Kegemukan (paling kerap), leher pendek dan besar (saiz kolar), dagu kecil.

- Sumbatan di bahagian hidung, mulut, tekak ; contohnya pembengkakkan tonsil ataupun lidah yang besar.

  1. Faktor faktor penyumbang lain :

- Alkohol boleh menyebabkan otot bahagian tekak kendur serta menghalang otak dari bertindak terhadap masalah berpunca daripada tidur.

- Masalah hormon tiroid serta kelenjar tiroid yang besar.

- Ubat ubatan seperti pil tidur dan ubat penenang.

- Merokok.

Sumber : @thediagnosa dan myhealth.gov.my

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca